Bila air dah naik sampai tahap bahaya, tanda amaran seperti ini sudah tiada gunanya.
Keadaan ini memberi peringatan kepada kita, orang Melayu yang beragama Islam. Memang kita berbalah sesama sendiri, tetapi bila kuasa sudah tiada di tangan, berbalah pun tiada gunanya.
![]() |
| Senarai EXCO sebelum Dr. Hasan Ali dipecat. |
Ambil contoh di Selangor, apabila negeri tersebut dikuasai oleh Pakatan Pembangkang, separuh daripada EXCO Kerajaan Negeri diberikan kepada bukan Melayu dan bukan Islam. Malah jawatan EXCO kanan turut dikuasai oleh bukan Melayu dan bukan Islam, manakala EXCO yang kurang penting diberikan kepada Melayu Islam.
Sebab itulah ketika mesyuarat EXCO berlangsung, Dr. Hasan Ali langsung tidak boleh bersuara kerana setiap cadangan beliau yang melibatkan kepentingan ISLAM, MELAYU dan RAJA (IMR) akan dipangkah oleh EXCO kanan seperti Teresa Kok, Eli Wong, Ronnie Liu dan Xavier. Seperti main catur, apa kuasa yang ada pada bidak (pawn) bila berhadapan dengan Ratu (Queen), Kuda (Knight), Gajah (Bishop) dan Tir (Rook).
Oleh kerana tidak tahan dengan peranannya seperti pemimpin picisan yang tidak mampu bersuara untuk pertahankan IMR sedangkan negeri tersebut majoritinya beragama Islam, maka Dr. Hasan Ali terpaksa berjuang di luar pakatan pembangkang.
Jadi tanyalah pada diri anda, adakah anda mahu tsunami yang menenggelamkan anda dan keluarga anda sehingga jadi seperti papan tanda amaran di atas?
*Fikir-fikirkan.





DAP mentadbir Selangor dari belakang tabir walaupun jumlah kerusi Melayu Islam (PAS, PKR, UMNO) adalah melebihi bukan Islam/ Melayu. Ini kerana perpecahan dikalangan wakil rakyat Islam memberikan jumlah majoriti kepada DAP.
Kalau keadaan ini berlaku lagi pada PRU 13, mereka akan mempunyai kuasa mutlak dalam Kerajaan Pusat, kuasa untuk membuka pintu imigresen dan membawa masuk orang asing (bukan melayu) sehingga Melayu/Islam menjadi minoriti dalam negara sendiri, ketika itu buat apa pun dah tak berguna lagi, Islam akan tenggelam terus di negara ini.
Jangan terkejut kalau untuk PRU13 ini, UMNO dibiarkan terkontang-kanteng berjuang sendirian, dan parti komponen BN hanya akan bersama UMNO untuk menagih kerusi dikawasan Melayu/Islam. Setelah itu dikumpulkan bersama-sama pembangkang yg lain untuk menubuhkan kerajaan selepas keputusan PRU13 diketahui. Jika ini berlaku, hampir pasti, kerusi bukan-melayu akan jauh melebihi kerusi PAS dan PKR.
Lebih baik berwaspada sebelum kena!.
Asal_bukan_DAP
Gambar Iskandar tertukar bro
Tak pe tuan,
Orang Melayu Selangor penuh hasad dengki. Tak boleh tengok orang UMNO senang dan berduit. Sebab tu masing-masing pakat meluat dan pangkah pembangkang. Sekarang sepatutnya orang-orang Melayu Selangor bersyukur atas cuba nak suka-suka pangkah pembangkang. Lagipun orang-orang Melayu Selangor dah maju apa dan banyak yang kara-raya. Apa pentingnya meletakkan UMNO sebagai wakil. Biarlah terus meletakkan DAP sebagai wakil mereka. Orait ape ...
risau pembangkang bawa masuk bkn melayu jd rakyat??betul,memang patut risau skrg....sbb tuan2 korg BN sudah bawa masuk mat2 bangla,indon semua utk jd rakyat utk undi BN....hah??fitnah,korg boleh check sendiri beratusan mereka yg dpt kerakyatan dalam tahun terdekat ni...lg dkt PRU,l besar peratusan....maka melayu mcm korg2 ni lah yg dibodoh kn BN/UMNo....kesian