Diambil dari facebook ahli PAS pro Presiden (ulama).
Akhirnya Pengerusi SMM dikambinghitamkan oleh Parasit
Desas-desus supaya Ahmad Syukri Che Ab Razab selaku Pengerusi SMM supaya menukar nakhoda SMM mula kedengaran akibat pelbagai kritikan serta tohmahan yang dilemparkan kepada SMM gagal dijawab oleh Syukri akibat kelemahan manhaj parasit yang dipegang hanya sekadar mampu untuk melaksanakan gerak kerja menghalalkan cara untuk mencapai matlamat agenda parasit semata-mata sedangkan pembuktian fakta melalui hujjah ilmiah langsung tidak ada untuk dilontarkan kepada umum bagi memahami segala tindakan yang mereka laksanakan.
Akibat tindakan Syukri yang lebih bersifat emosi serta berlagak pandai telah menjadi liabiliti atau bebanan yang berat untuk ditanggung oleh golongan parasit a.k.a IRC/JIM untuk melindungi segala kegiatan jahat mereka terutamanya agenda untuk meruntuhkan serta menguasai Jamaah Harakah Islamiyyah PAS. Paling membimbangkan mereka apabila terbongkar peranan mereka untuk merosakkan fikrah kader-kader PAS di peringkat mahasiswa melalui Group Intelligence Leader ( Group I ) yang telah berjaya melahirkan mahasiswa yang biadap terhadap Ulama’ seperti Zainolfaqar dan lain-lain akibat tindakan sembrono Syukri sepanjang beliau diamanahkan oleh parasit untuk menjatuhkan kepimpinan Jamaah PAS iaitu DS Ustaz Azizan.
Akibat kebimbangan yang mereka rasai hasil ciptaan mereka sendiri membuatkan golongan parasit ini seperti cacing kepanasan dan bagi menutup bangkai gajah ini mereka terpaksa mengkambinghitamkan Syukri supaya segala tindakan Syukri dilihat berpunca dari dirinya sendiri bukan muslihat mana-mana pihak atau untuk lebih mengaburi pandangan pelbagai pihak mereka akan menguar-uarkan Syukri adalah agen UMNO untuk memadamkan segala jejak serta membersihkan segala agenda golongan parasit ini. Nasib Syukri akan ditentukan sama ada beliau masih taat & wala’ kepada golongan parasitini maka beliau akan ditugaskan dengan agenda yang lain untuk merosakkan PAS dan jika sebaliknya beliau akan senasib dengan Dr Hasan Ali, dimusnahkan karier politik beliau dan jika perkara ini berlaku Syukri mungkin juga akan mendedahkan segala gerak kerja parasit ini.
Perkara seumpama ini yang akan terjadi berulang-ulang kepada golongan parasit ini akibat mereka berpecah serta tidak berpuas hati kepada Jamaah PAS suatu ketika dulu. Kita dapat melhat bagaimana IKRAM ditubuhkan apabila JIM terpalit dengan najis yang mereka lempar sendiri begitu juga dengan ISMA dan sebagainya. Mereka akan terus berpecah akibat rosaknya fitrah jamaah yang mereka pisahkan dari Jamaah PAS yang didokongi oleh para Ulama’ warasatul Anbiya’ untuk meneruskan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W mengikut manhaj Al-Quran dan As-Sunnah yang kefahamannya hanya melalui Ulama’ yang mursyid yang pandangan mereka adalah melalui cahaya petunjuk dari Allah S.W.T.
Oleh yang demikian jikalau kita tersalah memilih golongan parasit ini sebagai wadah perjuangan bagi memartabatkan Islam yakinilah behawa golongan ini hanya akan berpaut kepada ideologi mereka semata-mata dan kelemahan mereka dalam menilai kelebihan para Ulama’ yang mendokongi perjuangan Jamaah PAS menjadi asbab untuk mereka tidak menghormati para Ulama’ yang sentiasa memacu dasar PAS bagi mencapai keredhaan Allah yang hakiki dan yakinilah bahawa kemenangan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat Islam apabila kita telah memenuhi serta mencukupi syarat kemenangan yang digariskan oleh Islam.
Sumber :
http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=131023907019370&id=108823549239406
Apa yang MyMassa simpulkan adalah peranan parasit dalam mencorakkan perjalanan PAS kali ini telah dimulakan sejak tahun 80 an lagi. Contohnya Khalid Samad pada mulanya berlakon seolah-olah panglima jihad ketika awal kemasukannya dalam PAS.
 |
| Kenyataan Khalid Samad ketika muda membuktikan bahawa dipernah menggunakan isu Kristianisasi untuk naik. |
Baca selanjutnya di sini (
http://mymassa.blogspot.com/2011/10/gempar-bukti-khalid-samad-telah-murtad.html).
Selepas bertapak dan kini berkuasa dalam PAS, geng parasit mula menampakkan wajah mereka yang sebenar. Jika dahulu merekalah golongan yang kononnya ANTI MURTAD, tetapi kini mereka juga yang cuba menutup mulut pejuang AKIDAH seperti Dr. Hasan Ali.
Dan yang paling best. Dulu main gaduh dengan DAP pasal Kristianisasi, kini Khalid Samad dan seteru lamanya (DAP) boleh rapat sangat sampai bercomolot.
Di harapkan pendedahan MyMassa ini dicetak dan disebarkan dalam ceramah Dr. Hasan Ali.
Inilah buktinya betapa MUNAFIKNYA PEMIMPIN PARASIT PAS yang dulu menentang MURTAD tetapi sekarang ni merekalah individu yang galak untuk menutupi gerakan Kristianisasi.
*Hebat betul PARASIT PAS ni bertakiyyah (berpura-pura) dalam Jamaah. Dah macam gerakan syiah pulak.
- Baca bahagian satu di sini (http://mymassa.blogspot.com/2012/02/perang-ulama-erdogan-bermula-ada-ulama.html).
saya dengan ini mencadangkan Pas menukar Nama Parti tersebut, rasanya pelik sangat bila sebut Parti Islam sekarang...
berikut adalah antara cadangan saya:
1. PAS (Parti Ajaran Songsang).
2. Pas (Parti Adat dan Sukan).
3. Pas (Parti Ajaran Syaithan) sedap ni..
4. Pas (Parti Akal Sempit).
5. Pas (Parti Asobiyah Sesat). namapk mcm arab sikit kan...:-)
6. PAS (Parti Ansorus Syaithan).
kalau tak suka nama tersebut, tukar semua terus:
1. PKT (Parti Kuda Tunggangan).
2. PBD (Parti Boneka DAP).
3. PPT (Parti Pak Turut).
4. PUS (Parti Ulamak Suk).
5. PKS (Parti Kebajikan Semalaysia).
6. PKD (Parti Kuat Dalih).
ape ape je lah.. asal jangan lagi guna nama Islam.. buat tercemar nama Islam aje...
dr bekas ahli Pas...