Isnin, 27 Februari 2012

PEMBUBARAN KERAJAAN DAP SELANGOR

 MB SELANGOR = PEMBUBARAN KERAJAAN DAP SELANGOR TIDAK IKUT PUSAT

Masalah demi masalah yang berlaku di Selangor khususnya menjelaskan mata sesiapa yang belum celik bahawa Kerajaan DAP Selangor tidak mampu membawa negeri Selangor ke arah lebih sejahtera kepada rakyatnya.

Pemecatan dan  Penyingkiran Dato Dr Hassan Ali membuka mata anda bagaimana Kerajaan DAP Selangor tidak peduli apa itu sensitiviti Islam, tidak hendak ambil tahu apa jua kewajipan pemimpin Islam. Lalu dengan tali barut dan parasit-parasit di dalam PAS dan PKR, Dr Hassan Ali dibuang begitu sahaja.

Yang terkini, skandal Ketua Penerangan Kerajaan DAP Selangor membeliakkan mata anda bagaimana Anwar Ibrahim mendidik anak-anak buahnya teori Mechiveli, halalkan apa saja cara asalkan dapat terus berkuasa. Bapa borek anak rintik, jika Anwar dengan kes Cina Doll dan Liwatnya, Eli dengan skandal Hutan Rimbanya, kini Ketua Penerangan yang memanggil bekas Musti Selangor Bapak Setan pula dengan masalah itu.

Ingat tak dahulu, apabila Tengku Razaliegh  memakai tengkolok berlambang salib, parti Semangat 46 kalah tidak berlagu.

Desakan perlu dibuat kepada Kerajaan DAP Negeri Selangor supaya membubarkan DUN Selangor memandangkan pelbagai masalah yang gagal ditangani oleh Kerajaan DAP Selangor ini. Bukankah MB Selangor yang dinaungi YB-YB DAP berkata dahulu, mereka hendak adakan Pilihanraya Negeri sendiri tanpa pusat. Nah inilah masanya... Bubarlah Khalid gagap jika anda gentlemen.

2 comments:

  • Tanpa Nama says:
    27 Februari 2012 10:30 PG

    hari ne bubar esok tumbang ler jwbnyer..ada brani? Pak Najib jhgn lama2 ne mase suai tau

  • Tanpa Nama says:
    27 Februari 2012 12:31 PTG

    apa yang ada pada Deep Asshole Party (DAPig)cuma haram jadah dan celaka kepada orang melayu!!!

Catat Ulasan