SIAPA AJAR : MURSYIDUL ATAU PRESIDEN?
(ARTIKEL SUMBANGAN)
SUDAH sebulan lebih MOMENTUM kumpulan Pro Ulama berjaya mengkucar-kacirkan parti mereka sendiri. Memang tidak logik ayat tadi, namun itulah politik, beberapa kali kami mengatakan Haji Hadi Awang semakin bijak berpolitik. Kekadang, kita terpaksa berundur, terutama apabila telah tersasar, terjerat dan terikat.
Tiada jalan lain, para Kumpulan Pro Ulama yang diketuai Presiden PAS ini, terpaksa ikut jalan belakang, memandangkan Mursyidul Am yang dikawal oleh team Anwarinaz (Kamarudin Jaafar), Team PAS Pro-DAP(Mat Sabu), Erdogan(Husam Musa) dan PAS Gereja (YB Khalid Gereja).
Seperti kata Dato Dr Hassan Ali, orang kesayangan Hajin HAdi Awang, PAS hari ini hanya kira-kira 30% sahaja dipimpin oleh golongan ugama/Ulamak berbanding kira-kira 70% kepimpinan dikuasai kumpulan-kumpulan sekular di atas. Hari ini, pemimpin PAS yang dalam golongan ini pun sudah tidak ada kemaluan lagi bertandang ke kandang Babi, walaupun dia tak makan Babi, tetapi bagaimanakah Hidungnya dapat mengawal Bau Babi???
Maaf agak terkasar tadi, berbalik kepada PAS. Maka itu, kumpulan Pro Ulama telah bermesyuarat. Mereka terpaksa membuat hal, membuat gara-gara, menimbulkan kemarahan Pakatan Rakyat sebagaimana yang sedang dijalankan oleh Jeneral-Jeneral Pro Ulama ini. Di Kedah, MB Kedah menimbulkan naik darah PKR dan DAP (diwakili Dr. Aziz Bari), di Selangor Jeneral Dr Hassan Ali membongkar bahaya Anwar Ibrahim, di peringkat pusat YB Nasharudin dibiarkan bersilat menaikkan darah-darah Team PAS Pro-DAP dan PAS Gereja.
Haji Hadi akan bertahan, Haji Hadi tidak akan melangkahi Mursyidul Am, namun Haji Hadi juga turut sama memberi hint. Beliau berkata, sudah tidak ingin lagi bertanding. Bukan beliau sahaja, Ustaz Ismail Kamus sendiri sudah awal-awal menarik diri. Menarik diri kerana apa? Perjuangan menegakkan syiar Islam sepatutnya sehingga ke hujung nyawa! Sudah tentu, kerana Ustaz Ismail Kamus sendiri sudah melihat betapa kotor dan jijiknya PAS di dalam genggaman DAP dan PKR!
Amat sukar projek Haji Hadi ini, membersihkan PAS dari luar. Ianya bukan satu kerja yang mudah. Bukan senang membuang parasit-parasit seperti Khalid Gereja yang disokong Gereja dan DAP, bukan mudah membuang Mat Sabu Komunis yang disokong Kerajaan DAP Penang wang dan elaun, bukan senang hendak ketepikan Kamarudin Jaafar yang di belakangnya Anwar Ibrahim yang kedua-duanya sangat kaya raya, bukan mudah menyisihkan Husam Musa yang dibacking peniaga-peniaga Cina Singapura dan dibacking juga oleh Mursyidul Am. Kalau begitu manakah jalannya, mari kita berdoa " Ih Dinas Siratul Mustaqimmmm". Tunjukkan aku jalan yang lurus ya Allah.
Haji Hadi tidak nampak jalan itu, Kumpulan Pro Ulama, Ustaz-Ustaz Lama dalam PAS yang tidak gila jawatan, yang tidak gila pangkat, mereka bersetuju, biarlah PAS rosak sedikit, biarlah PAS kalah pilihanraya, yang penting sekali kembalikan PAS kepada jalan yang betul, kembalikan PAS kepada perjuangan asalnya. PAS itu menubuhkan Negara Islam bukannya Negara Kebajikan, konsep Negara Kebajikan itu KOnsep Kristian Protestan bermula di London dan merebak ke Eropah dan Amerika. Anwar Ibrahim memungut istilah ini dibaling ke dalam Pakatan Rakyat yang PAS ikut serta, maka terpaksalah dikorbankan Negara Islam kepada Negara Kebajikan. Begitu kesahnya.
Konsep Membangun Bersama Islam inilah nawaitu PAS yang ori yang dibawa oleh Presiden-Presiden PAS termasuklah Haji Hadi sendiri, cuma Hj Hadi sekarang tiada kuasa bercakap. Maka diubah lagi PAS kepada PAS For All. Konsep ini datangnya dari negara Israel, Benyamin Natanyahu yang disokong Anwar Ibrahim menggunakan konsep Israel For All, maksudnya Israel For Anwar, Israel For PAS.
Maka itu, jika artikel ini diberi kepada Tranung, Harakah dan lain-lain media PAS, ianya tidak dapat disiarkan. Maka kami mengambil keputusan memberinya kepada Mymassa. Kebetulan kami mengenali seseorang di dalam blog ini. Bukan mudah menyampaikan perkara ini kepada ahli-ahli PAS, tetapi jika pemimpin kita gagal menyampaikan kerana keadaannya tidak mengizinkan maka, inilah tanggungjawab kita jamaah membantu memberi pemahaman.
Banyak lagi hendak kami sampaikan, tetapi cukuplah setakat ini dahulu. " Inna Yau Mal Faz Li Mi Qaa Tuhum Ajemain" maksudnya "Sesungguhnya hari keputusan itu untuk menerima balasan adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semua". Assalamualaikum.





Pandangan yang menarik. Mudah-mudahan orang Melayu lebih bijak berpolitik. Tak guna menang sorak tapi kampung tergadai.
Terimakasih.ana faham.
cilaka cilaka cilaka cilaka PAS...pttttuiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
kene hantar artikel ne ke Harakah and Tranung lah...try aje
gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Inilah jadinya, masuk parti sykt tutuh pungkoq, dulu kata parti Islam, la ni kata lari drp akidah, maknanya fahaman mazhab puak pas ni... Berat ye...
mymassak satan setan
kena baca kembali blog Zulkifli Nordin tentang Isu Hudud yg dimainkan semula oleh N.Ajis. PR punya perancangan utk PAS kembali bersendirian dalam PRU13 utk mendapat sokongan org Melayu.
dgn pemisahan PAS dr PR, sokongan org melayu akan kmbli kpd PAS dan strusnya menang besar dlm PRU13. TETAPI, apabila mereka hendak mendirikan kerajaan PAS akan kembali bersatu dgn Pakatan Rakyat.. Semua strategi ini hanya khusus utk ke Putrajaya tanpa mengguna nama Anwar, PR tiada mastermind atau pemimpin yg mampu memimpin Pakatan Rakyat kerana memang punyai ideologi berlainan tak mampu bersatu dan menjadi kerajaan yg kuat dan pemimpin yg mampu memimpin rakyat masyrakat majmuk Malaysia.
Hanya UMNO yg mampu memimpin dalam negara kita. Kerana negara inipun didirikan inspirasi pejuang Umno yg sederhana. Pakatan Rakyat hnya akan menjadi pemerintah skiranya diketuai oleh bekas pimpinan UMNO.
Bagaimanapun, dgn kesedaran ini rakyat seharusnya menolak PAS samada bersama PR atau tidak kerana rakyat akan jadi timun. Menggolek terluka diam pun terluka.
Kita mesti terus bersama Barisan Nasional demi kelangsungan hidup dan keamananan yg telah dikecapi selama 50 tahun ini. Umpamakan PRU 12 sebagai biduk lalu kiambang bertaut, lupakan ANWAR, abaikan PAS dan tinggalkan Pakatan Rakyat demi Agama Bangsa Dan Negara
Dah bersalam tangan disamak tak? sanggup pulak pergi dekat kedai babi, agaknya hidung dah terbiasa dgn bau mcm tu. berkorban apa saja....