Selasa, 7 Februari 2012

PANAS! Video Sebagai Bukti Bahawa PAS Bukan Parti Islam Tetapi Parti Sekular.

Bandingkan dua video ini.

Satu hasil PAS Kelantan yang dipimpin oleh Nik Aziz.


Satu lagi video dari HIMPUN, gabungan NGO yang mempertahankan AKIDAH UMAT ISLAM.



Dalam video PAS Kelantan, tiada satu pun mesej dakwah yang disampaikan. Semuanya LAGHO dan MELALAIKAN. Dengan gabungan alat muzik bertali yang sememangnya haram, PAS dilihat lebih liberal dari mana-mana gerakan Islam yang lain.

Dalam video kedua pula mengalunkan lirik yang penuh bermakna untuk menyedarkan umat Islam yang mungkin sudah alpa dengan kesenangan yang mereka kecapi sekarang ini. Sehinggakan bab AKIDAH pun mereka tolak tepi semata-mata demi undi KAFIR. Pejuang akidah pun mereka pecat serta merta tanpa diberi peluang untuk membela diri.

Hayati lirik Video HIMPUN.

Selamatkan Akidah
Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya
Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama
Mantap Aqidah Kukuh Agama Perkasa Ummah
Teguh Negara Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara
Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah

Kredit untuk blog Keris 7 Lok yang memaparkan video ini (http://keris7lok.blogspot.com/2012/02/lagu-tema-himpun-hayati-liriiknya.html).

Sememangnya umat Islam di Malaysia sudah tidak boleh mengharapkan PAS untuk perjuangkan ISLAM setelah mereka di SEKULAR dan di LIBERALkan oleh parasit-parasit dalaman mereka. Kini umat Islam di negara ini terpaksa bergantung kepada NGO seperti HIMPUN untuk bersuara untuk mereka.

*Eloklah PAS kekal sebagai PARTI ADAT & SOSIAL. Memang sosial pun dengan gitar dan model-model wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

0 comments:

Catat Ulasan