![]() |
| Ilham Marzuki |
![]() |
| Shukor Nagor, Pengerusi Kumpulan Semesta |
3 orang kroni ini mendapat gaji dan elaun puluhan ribu ringgit.
Dan ketiga-tiganya juga melakukan penyelewengan dalam GLC Negeri Selangor sehingga merugikan duit rakyat Selangor.
Pembaca MyMassa boleh baca salah laku kroni Khalid Ibrahim di sini.
http://mymassa.blogspot.com/2011/11/satu-lagi-kegiatan-kroni-khalid-ibrahim.html
http://theflyingkick.blogspot.com/2011/06/khalid-ibrahim-bankrapkan-yayasan.html
http://www.selangordaily.com/?p=192
MyMassa tak nak ulang kisah lama kroni Khalid Ibrahim yang telah kantoi. MyMassa cuba nak ulas perkembangan terbaru di Selangor seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
http://www.malaysiakini.com/news/189678Dua GLC Selangor hadapi siasatan awam SelcatDua syarikat berkaitan kerajaan di Selangor akan disiasat atas dakwaan salah urus dana, apabila siri pendengaran awam bermula bulan depan.
Syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor itu dikatakan telah menyalah-gunakan dana daripada Kementerian Pertanian dan Kementerian Industri Asas Tani.
"Perkara ini disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara," kata speaker Selangor, Datuk Teng Chang Kim dalam sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Pendengaran awam akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat).
Ia juga akan menyiasat Yayasan Selangor yang didakwa berbelanja mewah dan membuka semula siasatan ke atas syarikat konsesi perlombongan pasir, Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB).
"Yayasan Selangor perlu dipanggil untuk memberi penjelasan. Itu adalah cara kami membuat pantauan," kata Teng.
Beliau juga menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung dakwaan salah laku dalam mana-mana syarikat berkenaan supaya menghubungi pejabatnya supaya mereka boleh disenaraikan sebagai saksi dan dipanggil untuk memberi keterangan.
Persoalannya, kenapa bila hampir pilihan raya baru kes kroni Khalid Ibrahim dibuka semula oleh pemimpin DAP dan kemudiannya disiarkan di Malaysiakini?
ADAKAH IANYA SATU LAGI BENTUK SERANGAN KEPADA KEM KHALID IBRAHIM DALAM PKR SELANGOR?
Baru-baru ini lelaki yang berskandal dengan Elizabeth Wong (pro Khalid Ibrahim) ditangkap di Batam. Siapa lagi yang ada hubungan dengan pihak Indonesia kalau bukan Azmin Ali.
Bijak sungguh strategi Azmin Ali untuk menjadi MENTERI BESAR Selangor. Satu persatu orang yang rapat dengan Khalid akan dipancungnya. Sudah tentu matlamat utamanya adalah Khalid Ibrahim sendiri.
*Walaupun dah jadi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali takkan puas selagi belum jadi Menteri Besar. Kita tunggu dan lihat permainan licik Azmin selepas ini.



"Perkara ini disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara," kata speaker Selangor, Datuk Teng Chang Kim dalam sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.


Kerana masing2 gilakan kuasa dan tamakkan jawatan, maka pancung memancung, cah keting, tikam dari belakang, dilakukan di antara pemimpin2 dlm PR terutama dlm PKR. PR dah mula menunjukkan kehancurannya kian menjelang dan akan terkandas dlm PRU 13 kelak.