Isnin, 27 Februari 2012

MB KEDAH PAS - TIMBALAN MB UMNO

 BELIAU SANGAT AKRAB DENGAN DYMM SULTAN KEDAH

DYMM Sultan Kedah seorang Sultan yang sangat merendah diri, ketika beliau sakit dan negeri Kedah di bawah pimpinan Dato' Mahadzir Khalid, Sultan Kedah bertanya kepada beliau "kerajaan ada duitkah" nak bawa DYMM Sultan berubat di luar negara. Dato' Mahadzir Khalid selaku MB Kedah ketika itu, berusaha sedaya mencari sumber kewangan untuk membantu DYMM Sultanb Kedah berubat di luar negara. Begitulah juga halnya, apabila Istana DYMM Sultan Kedah yang sudah agak uzur dan kecil, Dato' Mahadzir Khalid jugalah yang mencadangkan supaya dibina sebuah istana baru supaya rakyat negeri Kedah bolehlah melihat Sultan mereka bersemayam di tempat yang bagus. Banyaklah lagi peristiwa keakraban mereka berdua ini, maka apakah desas-desus supaya beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kedah akan menjadi kenyataan. Jika team Anwarista semakin berleluasa di dalam pentadbiran MB Azizan, barangkali MB Azizan tiada pilihan. Akan kemenjadian kah Kerajaan Perpaduan di Kedah. Anda kena direct bertanya Presiden PAS bukan Mursyidul Am?

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijangka melepaskan jawatannya kerana pucuk pimpinan Pas dilihat akur terhadap tekanan golongan pro-Anwar di dalam parti itu khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, perkara itu boleh berlaku jika melihat kepada semangat puak Anwarinas dan barisan Exco kerajaan negeri yang berusaha keras untuk menjatuhkan Azizan.

”Keadaan itu ditambah dengan strategi tangan ghaib dalam gerakan menjatuhkan Azizan dan diyakini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat menyelamatkan lagi rakan ulamanya itu, sama seperti beliau akur dengan kemasukan kumpulan pro Anwar dalam barisan kepimpinan parti.

”Selagi Azizan tidak melepaskan jawatan kepada puak penyokong Anwarinas, krisis di Kedah akan berlarutan malah lebih buruk. Dalam hal ini, Abdul Hadi lebih kusut dalam mempertahankan puak ulama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas kenyataan Azizan semalam yang yakin tekanan politik dialaminya tidak menggugat kedudukan dan peranannya sebagai Menteri Besar selain terus mendapat sokongan hebat daripada rakyat.

Mohd. Azizuddin melihat situasi itu sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menarik sokongan 30 hingga 40 peratus pengundi di negeri itu yang terkenal sebagai pengundi atas pagar selain 50 peratus yang merupakan pengundi setia UMNO.

Kata beliau, para pengundi atas pagar dari awal telah kecewa dengan pentadbiran Azizan termasuk aspek kesihatan Menteri Besar itu yang tidak meyakinkan.

Sementara itu, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, pilihan raya umum akan datang bukan lagi peluang untuk Pas mempertahankan Kedah walaupun hasrat Abdul Hadi dan ulama Pas mahu Azizan terus kekal mentadbir negeri berkenaan.

Jelasnya, isu dalaman Pas Kedah yang melibatkan Menteri Besar itu juga sebenarnya lebih banyak berpunca daripada sikap Azizan sendiri yang gagal dalam banyak perkara dan seharusnya beliau menerima dengan terbuka kejatuhan yang bakal dialaminya.

”Azizan begitu lemah, bukan hari ini sahaja tetapi sejak dari awal pemerintahannya. Kelemahan itu bukan sahaja ditonjolkan oleh puak penyokong Ketua Pembangkang yang berada di dalam Pas bahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas turut memperakui perkara itu.

”Justeru, Azizan bukan lagi pilihan utama rakyat yang mengimpikan pembangunan,” katanya.
Azmi berkata, krisis yang melanda di Kedah bukan sahaja menyebabkan Presiden Pas berasa serba-salah terhadap puak ulama tetapi bakal membawa kehancuran parti itu di negeri tersebut.
- UTUSAN MALAYSIA

2 comments:

  • Tanpa Nama says:
    27 Februari 2012 3:25 PTG

    Saya rasa ustaz perlu bekerjasama membentuk satu Kerajaan perpaduan diantara parti-parti Melayu-Melayu ini demi perpaduan ummmah yang semakin tergugat disebabkan ada seseorang mirip Kamall Artatuk di Malaysia ini,jangan terasa kalah atau pun menang, ego tu mesti buang di terusan Wan Mat Saman terlebih dulu. Saya sokong peranan ustaz walau pun saya orang UMNO dari lahir lagi.

  • Tanpa Nama says:
    27 Februari 2012 4:23 PTG

    Ustaz Azizan perlu bergabung dengan Dato' Mahadzir agar Kedah lebih sejahtera. Selama ini pun orang-orang UMNO yang lebih banyak mempertahankan Ustaz Azizan berbanding orang-orang PAS yang kemaruk dengan telunjuk Anwar. Apalah salahnya kita mulakan dari Kedah dulu UMNO-PAS bergabung menjadi kuasa pentadbir yang hebat. Buat apa melayu sama melayu bergadoh buang karen je. Cuba kembali kepada Sejarah Kedah yang terlepasnya P.Pinang kepada Inggeris. Semua gara-gara tipu helah.

    Bersatulah tak de salahnya. Dengan kuatnya Melayu Kedah, P.Pinang akan kembali ke tangan Kesultanan Kedah. Manalah tahu... satu hari nanti.

Catat Ulasan