Sabtu, 25 Februari 2012

MB KEDAH ADA MASALAH DENGAN DYMM SULTAN KEDAH?

 MB KEDAH BERGAMBAR BERJAUHAN DENGAN DYMM SULTAN KEDAH, DENGAN WAJAH SUAM-SUAM YANG TAK CERIA, KENAPA?

Lawatan mymassa ke Kedah telah memecahkan satu lagi rahsia politik MB Kedah yang tidak mesra dengan pihak Sultan Kedah? Ianya amat mengejutkan, namun orang sumber mymassa yang sangat rapat dengan DYMM Sultan Kedah mengesahkan berita ini. 

Beberapa insiden antaranya penganugerahan pingat dan darjah kebesaran negeri Kedah lebih mesra diberikan kepada pihak lain, mengalahkan kepada pasukan Pakatan Rakyat negeri Kedah yang diterajui MB Kedah sekarang. Pembaca boleh rujuk semula, semasa penganugerahan pingat kebesaran dan darjah kebesaran negeri Kedah siapakah orang yang paling utama diberi gelaran, walaupun beliau tidak memerintah negeri. 

Kedua, semasa lawatan Sultan Kedah ke luar negara tempoh hari, Menteri Besar sebenarnya tidak dijemput tetapi bergesa-gesa menghadirkan dirinya dengan kapal berasingan untuk Kelihatan Turut bersama DYMM Sultan Kedah. Yang sebenarnya, insan yang tidak berkuasa itu berseiringan dan bersama-sama DYMM Sultan Kedah walau di mana berada.

Pertelingkahan, Pergaduhan dan Hentam-Menghentam di antara MB Kedah dengan Exc0-Exco Kanan Kedah hari ini, adakah kerana masalah hubungan MB Kedah yang tidak mesra dengan DYMM Sultan Kedah? Cuba baca kenyataan MB Kedah di bawah ini... 

"Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidangkuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri. Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau," . 


Kata-kata MB Kedah di atas menunjukkan MB Kedah menghadapi masalah dengan pihak DYMM Sultan Kedah?

Patutlah Negeri Kedah Porak-Peranda?

0 comments:

Catat Ulasan