Jumaat, 3 Februari 2012

Lawak Jumaat:PAS MAKIN BENGONG. KUTIP DERMA UNTUK ORANG KAYA.

Mula-mula MyMassa nak ucap takziah kepada orang kaya PAS ini kerana rumahnya terbakar.

Kereta, rumah timbalan p'jaya PAS Johor dibakar

7:50AM Feb 3, 2012

Dua kereta milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di Johor Bahru hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini.

Menurut laporan Harakahdaily, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas

"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," kata Dzulkefly yang dihubungi akhbar rasmi PAS itu.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya lagi dipetik oleh Harakadaily sambil memaklumkan laporan polis telah dibuat.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam SMS kepada Malaysiakini berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan pihak yang tidak berpuas hati dengan Dzulkefly.

Ini kerana, timbalan pesuruhjaya PAS itu banyak mendedahkan isu-isu panas di Johor.

Semoga tabah menghadapi dugaan Allah S.W.T. Kalau harta yang terbakar tu ada insuran, maka boleh claim balik.

Cuma MyMassa nak kongsikan twitter dari Nizar yang meroyan nak jadi MB. Ada ke dia nak kutip derma untuk kawan dia yang kaya ni. Agaknya penyakit meroyan tak dapat jadi MB sebabkan saraf otak mamat ni putus kot.



Apa kejadahnya nak bagi derma kepada orang yang pakai BMW dan Camry? Apa kejadahnya nak bagi derma kepada orang yang rumah dihiasi dengan pelbagai hiasan dalaman.

Mungkin ada hikmahnya perkara ini berlaku kerana kalau rumahnya tak terbakar, kita tak tahu bahawa PAS yang selama ini berselindung di belakang 'kezuhudan' Nik Aziz rupa-rupanya hidup mewah selama ini.

Bagaimana mereka boleh mewah kalau bukan dasar Kerajaan Barisan Nasional yang mementingkan pelajaran dan membolehkan MOBILITI SOSIAL berlaku. Anak orang kampung boleh jadi profesional. Tidak cukup dengan itu, anak-anak orang PAS yang pandai-pandai ini mendapat biasiswa Kerajaan atau pun GLC atas DASAR EKONOMI BARU dan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dan mereka terpilih bukan sebab pandai sangat tetapi KETUANAN MELAYU yang mempunyai kouta untuk BUMIPUTERA.

Bila mereka sudah berjaya dan kaya seperti yang rumahnya terbakar ini, sampai mampu pakai BMW dan Camry, mereka katakan KETUANAN MELAYU tidak islamik. Mereka katakan KETUANAN MELAYU sebagai ASSOBIYAH. Mereka sokong kesamarataan sedangkan kesaksamaan dalam DEB mereka mahu hapuskan.

Terima kasih Malaysiakini kerana menunjukkan bahawa PAS yang kononnya zuhud rupa-rupanya pakai BMW dan Camry.

*Takziah sekali lagi dari MyMassa.

4 comments:

  • Tanpa Nama says:
    4 Februari 2012 12:19 PG

    sayang BMW tu .. huhu apa pun ...... I HATE ANWARDOG !!!!

  • Tanpa Nama says:
    5 Februari 2012 7:53 PG

    Kebakaran ni di sebabkan kemurkaan Allah swt. Adalah sebab Allah swt murka tu, muga2 dia sedar atas amaran dr Allah swt tu.

    --ganasnyer--

  • Tanpa Nama says:
    5 Februari 2012 12:39 PTG

    syukur alhamdullillah tidak mati rentung ketika memandu BMW (Bawak Masuk Workshop)..kena ucapkan syukur kpd wali selipar n wali keramat kerana menolong beliau

  • Tanpa Nama says:
    8 Februari 2012 7:08 PTG

    Pemimpin Pas mana ada yang kaya raya? Mereka ni semuanya zuhud!! tidak pentingkan harta dunia. Mereka hanya pentingkan perjuangan menegakkan agama dan masa depan bangsa Melayu saja. Mereka adalah mujahid-mujahid yang berakhlak mulia yang rela mati dalam menentang apa jua ancaman terhadap akidah umat Islam. MCY.

Catat Ulasan