Jumaat, 3 Februari 2012

Kuliah Jumaat: Sudah tiba masanya UMNO dan BN menggunakan senjata ORI @NajibRazak



Semalam penulis dihubungi oleh seorang rakan niaga yang telah lama terputus hubungan. Asalnya untuk bertanya khabar dan menyambung kembali hubungan perniagaan, namun akhirnya bertukar pula kepada bual politik. Katanya UMNO-BN Johor bakal menghadapi kesukaran di negeri tersebut pada PRU akan datang ini.

Penulis agak terkejut kerana jika dilihat kepada sejarah pencapaian, Johor sememangnya kubu kuat UMNO sejak dahulu lagi. Malah, salah seorang kenalan dari Kelantan sendiri pernah menyebut yang orang Johor ini kalau dibelah kulitnya sekalipun, darah yang ada logo UMNO yang akan mengalir keluar.

Mana mungkin negeri yang diterajui TPM dan ramai Meneteri Kabinet boleh tumbang. Mustahillah.

Lalu, penulis pun bertanyalah apa puncanya situasi sedemikian boleh berlaku. Untuk pengetahuan pembaca, rakan penulis ini suatu ketika dahulu berniaga barangan sukan jenama JKing, sebuah syarikat yang diwujudkan dibawah JCorp (anak syarikat Kerajaan Negeri). Namun, beliau mengadu yang sudah hampir setahun JKing ditutup kerana pengurusan JCorp yang lemah setelah pemecatan Tan Sri Hasyim, figura yang membawa JCorp ke mercu kegemilangan sebelum ini. Kini beliau hanya menjual barangan makanan sejuk beku bagi memastikan perniagaannya terus berjalan.

Maka diceritakanlah kepada penulis tentang bagaimana Kerajaan Negeri kini tidak lagi mempunyai duit dan terpaksa menggunakan wang zakat dan menjual aset JCorp bagi membayar hutang. Malah, penulis agak terkejut apabila kisah Altantuya yang sudah selesai juga menjadi satu isu yang menjadi punca kekecewaannya. Dari lenggok gaya percakapannya, penulis percaya beliau telah termakan dek hasutan fuckatan terutamanya PKR.

Pada pendapat penulis, mungkin kegagalan beliau memastikan perniagaannya terus maju menjadi punca beliau mulai menentang Kerajaan. Ini adalah kerana beliau juga sering mengungkapkan bahawa kehidupan rakyat kini terhimpit tanpa dibantu  Kerajaan. Katanya UMNO hanya turun ketika ada majlis. Malahan, beliau turut mendakwa orang Johor kini sudah malu untuk mengaku mereka ada apa-apa perkaitan dengan UMNO.




Benarkah apa yang seperti apa yang didakwanya itu?!! Penulis tidak menafikan sikap sesetengah pemimpin UMNO yang hanya mendahulukan tembolok sendiri sehingga mengenepikan kepentingan rakyat, tetapi jelas kini YAB PM sedang berusaha bermati-matian untuk memastikan rakyat tidak hidup susah! BR1M, KR1M, BB1M, SARA1M dan PR1MA adalah sebahagian hasil usaha PM Najib untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin.

Namun, apabila penulis bertanyakan kembali apakah kesemua usaha tersebut tidak langsung memberikan kesan, beliau hanya menjawab itu semua datang lima tahun sekali (sekali dalam satu-satu PRU). Pada hemat penulis, walaupun perbualan dengan beliau agak menyerabutkan kepala, tetapi penulis percaya, beliau tidak dapat menerima kegagalan hasil usahanya sendiri dan kini mencari pihak lain untuk dipersalahkan. Dan seperti biasa, fuckatan akan mengambil kesempatan di atas kesengasaraan orang lain untuk memajukan agenda politik sempit mereka.

Dan apa yang lebih menakutkan penulis adalah, apabila diajukan persoalan yang jika BN Johor tumbang, DAP dan bukan PAS yang akan mengambil alih, beliau boleh menjawab bahawa apa yang UMNO lakukan kini lebih teruk daripada apa yang akan DAP lakukan kelak. Inilah pernyataan yang pernah keluar daripada orang-orang Melayu Selangor sebelum PRU-12 yang lalu. Sekarang lihatlah sendiri nasib yang ditimpa mereka.

Jadi untuk itu, UMNO perlu memperbetulkan kembali langkah mereka. Apa yang berlaku kepada kenalan penulis itu adalah satu tanda bahawa penerangan isu tidak sampai ke peringkat akar umbi secara komprehensif. Dan sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan ini berlaku. Salah satunya adalah pemimpin UMNO lebih gemar menggunakan saluran yang popular dan bukannya rasmi dalam melaksanakan program penerangan isu.

Yang popular ini biasanya mempunyai ego yang tinggi dan sukar dikawal. Jadi jika diberi peruntukan yang besar sekali pun, ianya tidak lebih dari sekadar mendapatkan perhatian mereka semata-mata. Kerja yang diarahkan belum tentu akan berjalan mengikut perancangan lagi.

Jadi, sudah tiba masanya UMNO dan pihak yang ingin membantu tahu membezakan di antara berlian dengan kaca. Adalah lebih baik menggunakan senjata yang rasmi kerana walaupun sedikit mahal, tetapi ia mempunyai jaminan keselamatan dan penggunaan. Senjata tiruan ini, walaupun popular dan dikenali ramai, tetapi jika ia meletup memakan tuan, pastinya akan merugikan. Kalau setakat mengakibatkan kalah satu pertempuran tidak mengapa, tetapi kalau sampai kalah peperangan, diri sendiri dan rakyat yang rugi!

Dan percayalah, senjata-senjata popular ini tidak mempunyai masalah untuk "bertukar" bendera demi mendapatkan keuntungan daripada pihak yang menang pula nanti.


Oleh itu, percayalah kepada jentera sendiri. Masa kita semakin suntuk. Penulis merayu kepada UMNO hanya untuk tempoh tidak lebih setahun ini, fokuslah kepada memenangi PRU. Tidak guna berebut kedudukan dalam parti jika UMNO sudah tidak berkuasa lagi.

Dan ingatlah, hanya orang UMNO yang boleh menyelamatkan UMNO!

1 comments:

  • Tanpa Nama says:
    3 Februari 2012 3:17 PTG

    Penentangan tercetus ekoran dari kekecewaan
    Menjadi ahli UMNO kerana nakkan projek maka bila projek takde
    UMNO menjadi tidak baik.
    Ini semua berlaku dimulakan oleh Anwar dalam UMNO. Digunakan duit untuk kalahkan Ghafar Baba. Kemudian daripada itu perwakilan berebut ke perhimpunan Agong kerana ada duit. Tak ke gitu?

    Maka penuhlah UMNO dengan golongan koperatnya sehingga golongan akademik seperti guru, pensyarah, doktor dah takde tempat kerana tidak ada wang untuk berkempen dalam UMNO.

    Bila dah penuh dengan golongan Koperat maka sebuk menguruskan perniagaan maka agak terabai perjuangan UMNO. Bila terdapat sesuatu isu dah tak tahu nak mempertahankan kerana kurang fasih berbicara kerana naiknya dulu bukan kerana petah berbicara tetapi kerana ada wang. Tak gitu?

    Jangan biarkan PM dan TPM sahaja yang menjenamakan semula UMNO dan yang lainnya hanya tunggu dan lihat. Dah dekat nak pilihan raya mereka tak sebuk berkempen semacam mana sebuknya mereka nak menghadapi pilihan Agong UMNO!. PM dan TPM kena lihat ini.

Catat Ulasan