Kali terakhir UMNO meminta kepakaran dan kebijaksanaan KU LI memimpin kempen parti tersebut menentang fuckatan adalah ketika PRK Galas beberapa tahun lalu. Hasilnya, UMNO bukan sahaja berjaya merampas kembali DUN Galas, malahan majoriti juga meningkat hampir tiga kali ganda.
Dan ramai juga rakyat Malaysia yang tidak akan lupa bagaimana Ku LI memastikan PAS merampas kuasa daripada UMNO pada PRU 1990 dengan kemenangan 100%!
Itulah apa yang hebatnya tentang Ku Li ini. Nampak sahaja senyap di ulu banat, tetapi pengaruhnya bukan sahaja terbatas di gelanggang politik, malahan beliau juga masih lagi dihormati dalam hal ehwal dalaman Istana Kelantan.
Kalau tidak percaya, cuba-cubalah tanya kepada rakyat Kelantan berkenaan kontroversi bagaimana Sultan Muhammad Ke-5 naik ke takhta. Kami tidak mahu mengulas lanjut atas kerana Daulat Raja-raja Melayu. Biarkanlah ia terus menjadi ceritera rakyat.
Dan ini jugalah bukti kebijaksanaan Tok PA dalam melaksanakan tanggungjawabnya memastikan BN merampas semula Kelantan. Beliau tidak sombong dan sanggup memohon pertolongan daripada sesiapa jua yang mahu membantu. Inillah satu tokoh pemimpin UMNO negeri yang boleh bersaing dengan Nik Aziz yang tidak mahu melepaskan kuasa.
PRU 2004 telah menjadi bukti bagaimana Tok PA menguruskan jentera BN negeri sehinggakan PAS hampir tumbang dan bergantung hayat dengan hanya satu kerusi sahaja. Tetapi kesilapan strategi mengumumkan pengganti MB yang tidak digemari rakyat pada 2008 telah mengakibatkan BN mengalami kekalahan yang lebih teruk!
Insya Allah, kalau BN Kelantan terus ikhlas berjuang untuk membela nasib rakyat Kelantan yang telah lama tertindas di bawah PAS, PRU-13 Kelantan akan kembali kepada kita!



KAMI ANAK2 KELATE NAK KULI JADI MB......
AKU SETUJU KU LI JADI MB
TOK PA + KU LI = RM
Usah difikirkan sangat siapa bakal MB kat Kelante tu tapi mulai la ni mesti dok semeja dan pakat strategi yg baik belaka, cara mana nok balik negeri Kelante tu....rasanya org kampong kek Kelante setuju benar BN dok balik merintah tapi anak negeri Kelante yg merantau ni yg tak pasti.....renungkanlah.
Orang-orang UMNO kenalah merendah diri pada orang-orang lama UMNO. Banyak ilmu dan luas pengalamannya. Jangan buat endah tak endah. Orang-orang tua memang fe'elnya mcm tu ... sensitif, cepat merajuk tapi cepat gek sejuknya. Kan tradisi mengikat kita, yang tua dihormati yang muda disayangi. Barulah tegak perjuangannya. Tiang seri dikukuhkan, yang kena makan anai-anai, bubuk diperbaiki. Rumah dah lebih 50 tahun ... harap-harap terus kukuh memayungi orang-orang yang bernaung di bawahnya.
maaf cakap aku sekarang benar2 keliru bila fakta Ku Li ni timbul semula dan kali ini dalam membantu BN.Selama ini gambaran yang diberikan bahawa Ku Li ni yang banyak berdiam dari bercakap dilihat seolah2 tidak memihak kepada kerajaan memerintah.Diantaranya dalam isu pertabalan Sultan sekarang,royalti minyak kelantan,penubuhan Amanah yang kononnya sebagai alternatif kepada BN & PR dan beberapa yang lain lagi.Jadi bila berita mengatakan Tok Pa akan minta nasihat kepakaran KU Li untuk tawan Kelantan dari Pas,agak2nya lah apa respon yang akan akan diberikan oleh Ku Li???