BUKANLAH satu perkara yang mengejutkan apabila Haji Hadi tidak sampai seminggu mengumumkan pengunduran beliau daripada terlibat dengan kepimpinan parti PAS yang sudah kotor itu, kemudian menarik balik pengumuman itu. Kita faham pada awalnya ketika mula-mula ditemuramah ianya adalah satu suara hari Haji Hadi yang ikhlas. Namun, kemudian desakan-desakan dan hentaman-hentaman dari dalam dan luar PAS ( inilah yang dimaksudkan Parasit-Parasit oleh Dr Hassan Ali), menyebabkan Haji Hadi terpaksa menarik balik hasrat beliau itu.
Anda perhatikan bagaimana Haji Hadi permain-mainkan, disorong ke sana di sorong ke sini, selepas sahaja Haji Hadi menyatakan akan bertanding di dalam PRU13 nanti, tetiba seorang lagi Parasit akan membawa seseorang yang maha tak tahu apa nak cakap, di sini
http://www.malaysiakini.com/news/188323
Mengapakah Haji Hadi seolah-olah sudah hilang kuasa Presiden, kita faham Presiden tidaklah seberkuasa Majlis Syura, tetapi kalau Mat Sabu sendiri menyatakan Nik Aziz pun malas mengadakan Mesyuarat Majlis Syura, bermakna Kuasa Ketiga sudahpun meremute control PAS ini. Apa yang berlaku kepada PAS hari ini memberi gambaran kepada kita, bahawa PAS belum bersedia sepenuhnya untuk menawan Putrajaya. PAS tidak boleh ke Putrajaya dengan Kaki Kiri diikat DAP dan Kaki Kanan diikat PKR.
Sangat menderita PAS hari ini....
Bukan setakat menderita tapi telah dibungkus rapi oleh DAP dan ditalkinkan oleh PKR. Sekali DAP menjeling, Anwar berdehem dan Azmin menengking, semua saf kepimpinan PAS tunduk akur. Pemimpin PAS langsung tak de yang berkarisma.