Isnin, 20 Februari 2012

JIWA NAJIB

 APAKAH AHLI PAS SOKONG NAJIB MELANGGAR WALA & BAIAH PAS






PERTEMUAN penulis dengan YAB Perdana Menteri memberikan beberapa indikasi yang perlu diberitahu kepada rakyat. Anda perlu tahu YAB Perdana Menteri (selepas ini disebut Najib), mempunyai cita-cita yang maha besar kepada negara ini. Ayat yang paling mudah ialah beliau mahu menjayakan Wawasan 2020.

Ketika bertandang ke rumah beliau di Pekan, Najib sebenarnya adalah seorang yang sederhana, kehidupannya yang dibayangi gaya hidup Aristokrat tidak menjadikan dirinya sukar didekati ataupun beliau mendengar apa yang anda hendak sampaikan. Anda pernah lihat tak, seseorang rakyat biasa, rakyat marhaen, menghulurkan sepucuk surat di tengah-tengah laluan perjalanan beliau, lalu beliau mengambilnya, membacanya, membuat nota dan meminta pegawainya menyelesaikannya dengan segera. Sudah tidak ada border antara rakyat dengan pemimpin nombor satu negara.

Penulis teringat kata-kata seorang mantan orang kuat Anwar Ibrahim, seorang Timbalan Ketua Bahagian di sana, katanya "Anwar ini, di hadapan rakyat jelata, lakonannya sangat first class, namun jika anda ke pejabatnya, anda tidak akan dipandang pun, kerana dia tidak mengenali anda". Seorang ustaz, ahli tasauf, melihat kepada nama Anwar bin Ibrahim, kata Ustaz ini, pemunya nama ini seorang yang sangat keras. Jangan salah faham, bukan keras anu nya.

Berbalik kepada Najib, konsep kesederhanaan yang dipopularkannya itu kini sudah menerjah dunia antarabangsa, di dalam negeri Malaysia, konsep ini juga sudah mula difahami rakyat jelata. Pelbagai program rakyat diberi keutamaan, sama ada Bantuan Rakyat 1Malaysia bernilai RM500, atau baucer buku bernilai RM200, atau penambahbaikan SBPA itu, semuanya adalah untuk rakyat. Tidak kira anda di pihak kerajaan atau pembangkang. Najib tidak menyisihkan anda.

Wakil-Wakil Rakyat BN di seluruh negara perlu mempunyai pelan tersusun seperti di Pekan, setiap Jumaat anda mesti turun dan berjumpa rakyat, bukan hanya kerana PRU sudah dekat. Tiga tahun yang lalu, ketika penulis berkunjung ke rumah Najib, ketika itu beliau masih menjawat TPM, program rakyat berkunjung ke rumah kayu beliau di Pekan tidak putus. Hari ini, ianya masih begitu, tiada tambahan rumah Najib diperbesarkan atau ditambah baik, penulis perhatikan pada satu bahagian kayu yang reput sedikit, ianya masih reput juga di situ. Lipatan kain sembahyang masih di situ juga, lalu kita tidak kekok walaupun sudah 3 tahun baru mengunjunginya semula.

Sebagai keluarga bangsawan, Najib tidak menggunakan kedudukan itu untuk menjadikan diri beliau susah didekati rakyat. Penulis teringat sewaktu Allahyarham Tun Datu Mustapha berkuasa dahulu, beliau pernah ditandu(Diangkat) di atas tandu, bukan kerana beliau menindas rakyat, tetapi rakyat Sabah ketika itu sangat menghormati beliau, sangat meninggikan daulah Allahyarham Tun Datu Mustapha, maka terpaksalah Tun menghormati juga keinginan rakyatnya. Najib sangat berlainan, anda cubalah, ketika najib lalu di depan anda, anda panggil beliau, dan beliau melihat anda, anda bisikkan sesuatu kepadanya, Najib akan mengangguk. Tidak lama kemudian, anda akan terkejut bisikan anda itu menjadi kenyataan.

Malahan, ahli-ahli dan parti PAS di Pekan pun menyokong Najib. Apakah mereka ini melanggar Wala' Nik Aziz kerana menyokong Najib? Sepatutnya mereka sokonglah sekurang-kurangnya Mat Sabu ker?

Bersambung...

1 comments:

  • pukimaq says:
    20 Februari 2012 11:31 PG

    Walau apa pun yang berlaku,homo cun ini harus memastikan sayangku yang suka bontot yang bakal menjadi PM menggantikan Najib.

Catat Ulasan