![]() |
| Ini gambar seksi Megan Fox pegang PIG. Bukan musang berbulu babi. |
Berita dari Malaysian Insider.
Putrajaya hadapi pilihan sukar dengan rombakan bayaran kepada kakitangan kerajaan
Oleh Jahabar SadiqEditor
February 13, 2012 KUALA LUMPUR, 13 Feb — Pentadbiran Najib sedang menghadapi tekanan apabila cuba untuk meredakan skim pembayaran kontroversi yang akan menguntungkan kakitangan kerajaan peringkat atasan tapi majoriti 1.4 juta kakitangan bawahan hanya menerima kadar kenaikan yang sedikit yang akan memberikan kesan buruk terhadap parti pemerintahan.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa Putrajaya mahu menyelesaikan pemulihan skim berkenaan yang dilihat hanya akan memberikan faedah kepada pegawai kanan kakitangan awam, yang dianggarkan seramai 2,000 daripada mereka sudah menandatangani perjanjian skim baru berkenaan, yang akan menjamin peningkatan pendapatan sehingga RM5,000 sebulan.
Melalui skim itu, kerajaan akan menghadapi peningkatan kos tambahan sebanyak RM2 billion setahun sekiranya kerajaan ingin meletakkan lebih banyak wang kepada kakitangan pertengahan dan bawahan yang tidak memperolehi kenaikan bayaran. Melalui Skim Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kerajaan akan mengalami peningkatan kos sebanyak RM2.6 bilion setahun.
“Kerajaan sedang menghadapi tekanan yang berat kerana kebanyakan pegawai kanan perkhidmatan awam telah mendatangani skim yang tidak memberikan keuntungan kepada semua pihak,” jelas sumber kepada The Malaysian Insider.
“Putrajaya telah membuat pengiraan dan menyaksikan kerajaan bakal menghadapi peningkatan kos sebanyak kira-kira RM2 bilion setahun sekiranya terus mengekalkan skim itu termasuk memberikan kenaikan kepada kakitangan bawahan. Itu jumlah yang cukup besar,” tambahnya.
Sumber lain menjelaskan peningkatan pembayaran itu juga akan memberikan implikasi kepada bayaran pencen. “Pencen akan meningkat untuk mereka yang sudah bersara dan untuk mereka yang masih berada dalam perkhidmatan sekarang ini,” tambahnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu berkata kakitangan kerajaan harus menyerahkan perkara itu kepada kerajaan kerana pendapatan mereka akan meningkat di bawah SBPA dengan panel penyemak yang diketuai oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Ismail Adam. Panel terbabit, yang turut disertai Ceupacs, pelindung kepada kakitangan awam mempunyai tempoh sehingga 16 April untuk menyelesaikan semakan mereka.
Cadangan berkenaan, yang menyaksikan kenaikan sehingga RM60,000 sebulan untuk Ketua Setiausaha Kerajaan sedangkan kakitangan yang berada dalam perkhidmatan sokongan hanya menerima kenaikan serendah RM1.70, telah menimbulkan kemarahan 1.4 juta kakitangan awam - kunci kemenangan kerajaan Barisan Nasional (BN) - dengan pilihan raya yang dijangka akan berlaku sebelum May 2013.
The Malaysian Insider turut difahamkan bahawa skim itu dirangka tanpa penglibatan Ceupacs.
Difahamkan di bawah SBPA, 36 pegawai tinggi dalam “Perkhidmatan Utama” akan menerima gaji sehingga RM36,000 sebulan.
Timbalan Presiden Cuepacs (I) Azih Muda telah mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insider dan berkata menyatakan butir-butir itu dinyatakan pada pekeliling rasmi kerajaan.
Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menangguhkan pelaksanaan skim baru berkenaan berikutan mereka tidak di panggil untuk berunding. Pembangkang turut mengkritik kerjaan kerana membenarkan perbezaan jurangyang tinggi terhadap segmen yang berasingandalam kakitangan kerajaan.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, badan pelindung kakitangan awam itu telah mewujudkan jawatankuasa khas bagi memberikan pendapatan bagi mengatasi jurang berkenaan.
Pihaknya mendedahkan bahawa mereka akan membentangkan lima perkara dalam kertas cadangan mereka kepada pasukan khas SBPA pada 22 Febuari.
Lima tuntutan itu meminta semakan terhadap kadar pendapatan kakitagan awam pada gred 52 dan ke bawah, mengekalkan pegawai kanan pada skim Sistem Saraan Malaysia (SSM), mengakaji kadar gaji tertinggi, menyenaraikan kakitangan kerajaan yang layak untuk mendapat kenaikan gaji sehingga 13 peratus, dan mengkaji struktur kenaikan gaji untuk semua tahap.
Belanjawan 2012 juga memperuntukan RM64.1 bilion untuk gaji dan pencen kakitangan awam atau 28 peratus daripada keseluruhan belanjawan, kenaikan sebanyak RM36.9 bilion daripada lima tahun lalu.
Kalau nak tau siapa musang berbulu babi dalam Kerajaan, dialah sumber kepada Malaysian Insider.
MyMassa pernah dedahkan kegiatan Musang Berbulu Babi ini di sini (http://mymassa.blogspot.com/2012/02/awas-perangkap-barua-anwar-dalam.html).
Tetapi MyMassa nak ulang sekali lagi siapa musang berbulu babi tersebut.
Nama musang berbulu babi tu bernama Jahabar Sadiq.
Kalau nak sebelum ini dia konon-kononnya ada sumber dalam BN, kini dia kata dia ada sumber dalam Kerajaan.
Nak tau sebab apa MyMassa bagi nama Jahabar sebagai Musang Berbulu Babi kerana BABI itu singkatan kepada Brother Anwar Bin Ibrahim, pemilik musang ini.
Kaitan Jahabar dengan Anwar ada dibongkarkan oleh blogger gelagat Anwar (http://gelagatanwar.wordpress.com/2011/12/28/jahabar-sadiq-pegang-bajet-besar-fack/).
Kepada pembaca MyMassa yang nampak nama JAHABAR SADIQ ini, tahulah berita yang disampaikan adalalah BERITA BABI kerana memburuk-burukkan Kerajaan dan menaikkan BABI.
*Jahabar pernah kantoi nak spinkan kenyataan YAB PM di sini (http://theunspinners.blogspot.com/2011/08/jahabar-sadiq-ngaku-malaysian-insiders.html).





err... musang yd dimaksudkan Jahabar atau KJ?
rasanya KJ perlu diawasi. Kalau dia ada gerakan sendiri untuk capai cita-cita politk peribadi dlm UMNO, tu masalah dia. Tp kalau dia bocorkan semua rahsia pd musuh politik smata2 kepentingan peribadi, tu pengkhianat UMNO. Apath lg sbg ketua pemuda, kestiaannya mestilah pd UMNO, bukan org luar (trmasuk kwn2 politiknya yg jd musuh UMNO). Kalau btul dia yg bocor rahsia, lebih baik ltk jwtn.
bro, setahu aku KJ tu bukannya suka2 nak buat apa yang dia buat selama ni..dia cuma menerima arahan dari seseorang yang zahirnya nampak bebal dan lelah..korang tahu sapa kan?
KJ tu orang dalam Kerajaan ke? Boleh tukang komen bagi tahu apa jawatan KJ dalam Kerajan.
Artikel tu langsung tak memburukkan kerajaan malah mendedahkan betapa tamak,busuk dan korupt pegawai tinggi kerajaan.. pekeliling sbpa di wartakan dengan disembunyikan lampiran C jadual gaji yang konon2 "rahsia" tapi sebenar nak sorok gaji jusa C keatas yang naik 100% dah nampak sangat hilang akauntabiliti dan integriti... kemudian kump sokongan dipaksa sign opsyen sbpa dengan ugutan akan dihentikan perkhid matan apa cerita.. ketiga pembayaran sengaja didesak dalam bulan januari juga sebab nak cepat sebar duit peruntukan bila duit dah masuk akaun2 dah tentu susah nk arahkan bayaran balik kalau ade apa2 perubahan sbpa lagi pulak nk mintak top-top level nyer pegawai bayar balik sape berani??? Alhamdulillah YAB PM kita dah sekat sbpa ni awal2... masih ada la harapan untuk orang2 bawahan ni nak merasa sikit nikmat kenaikan gaji.. ini hanya satu pandangan la.. mungkin sbpa jadi camni pun sebab disabotaj.. kita bukan xtau dalam kerajaan ni berapa ramai kelompok pro pembangkang ni.. termasuk la pegawai tinggi kerajaan pun.. so mungkin ada konspirasi antara diorg sengaja buat benda jadi camni nak memburukkan imej kerajaan yang memerintah sekarang... kelompok yang merosakkan sbpa tu la sebenarnya BABI berbulu musang pakai kopiah... Wallahualam....
Ye laa tu. Masa kumpulan sokongan naik gaji 25% zaman pak lah, tak pulak kumpulan ni meroyan. Sampaikan gaji tahunan pun lebih banyak drpd kumpulan profesional, Time tu apa punya citer? Sampai pencen pun kumpulan ni gaji lebih besar drpd kump. pengurusan dan profesional. Dorang duduk mengangkang tak payah sambung belajar bole dapat gaji besar. Plak tu time naik pangkat kump ni laa jugak didahulukan. Ada sapa dengar rintihan kumpulan profesional yang terang2 dinafikan haknya. Diorang sibuk pakai waja. kami hanya mampu order saga jer.
Masa kami sibuk2 menabung, kumpulan ni sibuk membesarkan hutang sedia ada.
Wah! Turn dapat naik gaji ciput kemain heboh dorang ni. Najib sebenarnya cuba rapatkan jurang tangga gaji tu. Wah! berdezub macam2 permintaan perlu didgr. Main tangguh2 lagi. Najib tunduk takut kalah piliharaya.
Time Tun M juga bagus. Gaji naik sederap semua sama. Tak payah nak gado2. Sapa ada kelayakan akademik yang bagus gaji tinggi, yang sokongan naik gaji setara sama peratusnya.