ANWAR DITEMANI BODY GUARD DI HOTEL SWISS GARDEN KUANTAN
Sumber hotel itu berkata, pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana pekerja yang mengatakan ada sekumpulan lelaki samseng berada di sekitar hotel itu.
"Saya tidak menerima apa-apa berita daripada pekerja hotel berhubung kejadian seperti didakwa pada sekitar waktu itu.
"Daripada segi logik, kalau ada sekumpulan orang berjalan beramai-ramai dalam kawasan hotel, mesti ada staf nampak, tapi saya tak terima laporan daripada staf mengenai itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Badrulamin bahawa beliau dibelasah sekumpulan lelaki seramai kira-kira 20 orang semasa serbuan di hotel itu, awal pagi Sabtu lalu.
Badrulamin bagaimanapun enggan membuat laporan polis kerana sudah memaafkan mereka seperti kenyataannya semasa ditemui pemberita selepas memberi keterangan kepada JAIP semalam.
Ujar sumber itu lagi, hotel tersebut begitu dikenali dan faktor keselamatan antara aspek penting untuk menjamin keselamatan pelanggan, jadi mana-mana pihak dalam keadaan mencurigakan dan membahayakan pelanggan pasti akan diperhatikan.
"Kalau dikatakan ada kumpulan samseng memasuki hotel ini tanpa dapat dikesan oleh staf-staf keselamatan, itu sungguh tidak logik. Kenyataan yang mengatakan hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya sangat mencemarkan imej hotel ini," katanya.
Dalam pada itu, sumber tersebut berkata, setakat ini, belum ada laporan polis dibuat pihaknya berhubung perkara berkenaan dan menyerahkan kepada pengurusan atasan untuk tindakan lanjut.
Berita lengkap di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
http://wzwh.blogspot.com/2012/02/joget-pahang-anwar-ibrahim-nak-buat.html

Salam semua;
Swiss Garden Hotel adalah hotel 4 atau 5 bintang. Bagaimana boleh 20 orang gangster masuk kedalam hotel tanpa disedari oleh pengurusan dan pihak keselamatan hotel. Adakah pihak keselamatan hotel gagal mengenalpasti kehadiran begitu ramai gangster memasuki hotel dan naik ke tingkat dimana penghuni tinggal.
Jika ini benar berlaku, adalah tidak selamat untuk menginap di Swiss Garden Hotel Kuantan. Pihak Swiss Garden Hotel Kuantan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara diatas terutamanya bila ada penginap hotel mendakwa dipukul oleh gangster didalam bilik hotel.
SWISS GARDEN mesti saman bapak setan ni krn dgn jelas dia berniat jahat memburuk2kan imej hotel. Kira sekali kos kerugian pengunjung2 yg membatalkan tempahan yg kononnya krn faktor keselamatan.