Sudah lama kami perhatikan. Pada awalnya kami agak pelik mengapa KM Penang ini suka sangat menipu. Tidak kiralah apa sahaja. Baik pencapaian mahupun jasa orang lain. semuanya hendak diputar belitkan.
Lalu kami pun membuat sedikit kajian ringkas. Rupa-rupanya beliau ini disyaki menghidap penyakit tidak boleh bercakap benar, atau dalam bahasa sainsnya, Pathological Lying (PL). Penghidap PL ini akan menipu tanpa sebab yang munasabah.
Jadi kepada semua, terutamanya mereka yang difitnahnya, usahlah khuatir. Anda semua sebenarnya sedang berhadapan dengan manusia yang berpenyakit. Sepatutnya kita bersimpati kepada beliau dan memberikan sokongan yang sewajarnya.
Inilah akibatnya membesar dalam keluarga yang rasis dan membenci orang lain.Kasihan.
Dan kepada para pembaca yang budiman, luangkanlah masa yang sewajarnya bersama anak-anak dan keluarga kita dalam hujung minggu yang lapang ini bagi mengelakkan mereka tergolong dalam statistik 12 peratus rakyat Malaysia yang mempunyai masalah mental ini.



0 comments:
Catat Ulasan