Sambutan meriah yang diberikan penduduk Marang kepada PM semalam sememangnya sesuatu yang mengejutkan. Siapa sangka program BN yang diadakan di kubu kuat PAS Terengganu boleh mencapai kejayaan seperti itu.
Kalau anda pernah berkesempatan ke Marang atau Masjid Rusila, anda akan lebih memahami mengapa kami berkata sedemikian rupa. Kita perlu ingat bahawa Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO lahir di sana. Rata-rata penduduk Marang adalah penyokong PAS. Yang tidak menyokong secara terang-terangan akan dipulau dan dijadikan musuh. Marang seolah-olah satu negeri anti UMNO di dalam Malaysia.
Tetapi itu semua tidak menjadi masalah kepada PM Najib. Beliau ingin melihat sendiri tahap sokongan rakyat walaupun di kawasan yang menjadi kubu kuat pembangkang. Beliau sedar rakyat yang hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada program bakal menghadapi risiko dipulaukan rakan-rakan dan saudara mara. Sedangkan pasang bendara pun boleh dapat amaran keras.
Tetapi rakyat tetap turun kerana mereka sedar hanya UMNO dan BN sahaja yang dapat membela mereka!
Atau sebenarnya wujud satu perancangan sulit di antara Presiden PAS dengan PM?!! Macam jadi satu kebetulan pula PM memilih untuk melawat Marang ketika Hadi Awang berura-ura untuk mengundur diri.
Sebelum ini Hadi Awang, Najib dan Muhyiddin pernah mengadakan perundingan sulit bersama YDPA yang diuruskan oleh Pak Lah. Sampaikan bertempurlah dua kabilah PAS di perkarangan Masjid Rusila apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Anwar Ibrahim!
Silap-silap, Hadi Awang sendiri yang kerahkan pengikut tegarnya untuk memastikan program lawatan PM itu berjaya. Mana tahu?!!



kalau ramai rangat tu dari daerah lain lah tu, cuba setiap kali PM lawat sesuatu kawasan cuba buat kaji selidik, silap2 60-70 peratus orang luar kawasan, 30 peratus je orang tempatan sebab boring sesak, kalau ada makanan orang luar sebat dulu.
kena buat style Dr.M. kalau dia nak tengok projek/kawasan dia senyap-senyap je pergi, kadang-kadang dia yang memandu kereta dia punya pengawal jauh sikit naik motor.
dari satu taktik , cara Najib ni tak berapa gempak , tak berapa mengiggit , tak berapa bisa !
cubalah PM bergerak tak payah heboh satu negara , bergeraklah senyap2 , buat lawatan mengejut , utamakan akar umbi , orang sakit yang perlukan perhatian , orang kampung yang tak dikenali , jabatan kerajaan yang sering ditohmah, agensi yang sering difitnah , badan bukan kerajaan yang tak dikenali ...!
utk lebih berbisa, PM lakukan secara senyap , dah sampai tempat tu barulah dihebahkan , atau dah selesai majlis baru hebah ,
atau PM lakukan gerak lawatan tempat2 umum secara senyap , terminal teksi , airport, sekolah tinggi , JPJ , JPN , kastam ! atau dalam LRT dan sebagainya ...
mana Think Tank PM ? kenapa tak usul taktik dan teknik lain ? sepatutnya Think Thank PM kena kreatif, kena produktik , jgn hanya tiru dan ikut tradisi lama ...
zaman sdh berubah , perangai dan kehendak manusia juga telah berubah , seribu satu cara utk menarik perhatian rakyat !
Kalau tak nak dihebahkan pun memang sekarang ni dah banyak tukang hebah. Kalau dah memang popular, pergi ke mana pun orang suka dan akan ikut. Nak buat macam mana.
Inilah yang berlaku semasa TNB nak melancarkan program bantuan pembinaan rumah rakyat miskin di Rencong, Muar. Tuan rumah hanya menyediakan makanan sekitar 30-40 orang sahaja untuk majlis pecah tanah. Tapi yang datang hampir 70 - 80 orang. So, makanan tak cukup.
Sebab tu masa Perasmian yang dihadiri oleh TPM, kena tahu bilangan yang hadir tu sememangnya ramai untuk menyediakan makanan yang mencukupi untuk para tetamu. Walhal hebahan majlis hanya dibuat melalui mulut ke mulut sahaja tanpa guna teknologi canggih pun. Dah memang rakyat jelata suka datang kalau pemimpin turun padang. Nak buat macamana?
-jln.ledang ke kg.gelam-