Khamis, 2 Februari 2012

GEMPAR! Dunia Terbalik Di Sabah. Adakah Kerana Aktiviti Kaum Luth Di Malaysia?

Dunia terbalik di Sabah.

 



Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia Dengan Mesej Alam Sekitar

Oleh RUBEN SARIO

Yee menunjukkan rumah terbalik yang dibinanya di Kampung Bantayan-Telibong di Sabah. Foto ihsan Alexander Yee.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar.

Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi.

“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),” kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.

Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.

Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.

Baca selanjutnya di sini (http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/2/2/mstar_berita/20120202123931&sec=mstar_berita).

Tahniah kepada anak Sabah ini kerana berjaya menghasilkan senibina rumah yang menarik.

Buka semua orang berbakat seperti ini.

Tahniah juga kerana menambah satu lagi destinasi pelancongan menarik di Sabah.

*Biar rumah terbalik tapi atas tanah. Kalau bawah tanah....? Kena bendung homoseksual supaya peristiwa Kaum Luth tak berulang di Malaysia.

2 comments:

  • Tanpa Nama says:
    2 Februari 2012 8:16 PTG

    tu bkn msj alam sekitar..tp kj sia2 nama'y...

  • kae says:
    2 Februari 2012 8:46 PTG

    memang dah terlalu kaya sampai tak tau nak buat apa.. heheeh.. anyway.. rupa je terbalik.. tapi struktur rumah still okay .. boleh letak perabot dan sebagainya

Catat Ulasan