Geran Selangorku RM300 juta mula dibelanja Mac
| Harakahdaily, | 19 Feb 2012 |
SHAH ALAM, 19 Feb: Geran Selangorku yang berjumlah RM300juta akan dilaksanakan dengan penekanan nilai kepada wang (value for money) pendekatan rakyat terbanyak dan kecekapan.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, geran tersebut yang diselenggarakan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) akan mula dibelanjakan pada bulan Mac dengan proses yang telus dan bertanggungjawab.
"Geran ini akan dirasai oleh rakyat sepenuhnya dalam tempoh tujuh bulan dan kerajaan negeri komited untuk memberi penambaikan kepada rakyat kerana geran ini adalah tambahan kepada bajet negeri sebanyak RM1.6 billion," katanya yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan retreat Exco selama tiga hari di Melaka yang berakhir hari ini bagi memperincikan mekanisme pelaksanaan dan pemantauan Geran Selangorku.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8209-geran-selangorku-rm300-juta-mula-dibelanja-mac
Jika ia bukan duit pilihan raya, kenapa bulan 3 baru boleh dibelanjakan?
RM300 juta bukan satu jumlah yang sedikit. Kalau ikut RPK, RM300juta adalah jumlah yang diperlukan untuk Anwar Ibrahim membeli Ahli Parlimen BN pada 16 September 2008.
16 September sepatutnya hari dimana Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya. Untuk melakukan ini, Anwar perlu memujuk sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN untuk melompat ke Pakatan.http://www.malaysiatimes.my/2012/02/16/john-soh-orang-nombor-2-pkr/
Untuk mendapatkan 30 Ahli Parlimen BN untuk melompat bukanlah satu perkara yang susah. apa yang diperlukan ialah duit. Dengan lebih tepat..RM300 juta diperlukan untuk membayar RM10 juta seorang kepada Ahli Parlimen BN untuk melompat. Masalahnya..selepas RM300 juta dibayar, yang mana perlu dibayar lebih awal, apakah yang boleh memastikan bahawa Umno tidak akan menawarkanRM15 juta untuk membeli mereka balik?
Wow. RM300juta untuk pertahankan Selangor. Adakah BN Selangor bersedia untuk menghadapi serangan Pakatan Pembangkang yang bernilai RM300juta?
*PKR ada duit RM300juta. Lepas ni ramailah parasit PAS yang mengendeng dekat Azmin Ali.




0 comments:
Catat Ulasan