Rabu, 1 Februari 2012

Blogger Pembangkang Bongkar Penipuan-penipuan Anwar Dalam Media Barat.

Pendedahan blogger otai dalam pembangkang.


Sikap Anwar dan temubual Wall Street Journal

IB tidak lagi menulis sekerap dulu. Namun tulisan terbaru IB [Dewan Ulama PAS Sudah Hilang Sabar Dengan Anwar] entah macam-mana agaknya mengusik sedikit sensitiviti para pembaca dan meletuplah ianya.

Dari komen-komen yang tersiar di laman Tranungkite Online, IB perhatikan bahawa mereka yang memberi komen merasakan IB mereka-rekakan cerita dan cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Pertamanya, kenyataan-kenyataan Dewan Ulama yang IB petik adalah apa yag tersiar dalam media. Kenyataan berhubung temubual Anwar dalam WSJ dan BBC dan juga kenyataan berhubung isu Pluralisme Agama semuanya mafhum. Mungkin mereka yang menutup teliga dan mata terhadap teguran/kenyataan IB ini memilih untuk tidak mahu menerima kenyataan atau mereka tidak baca dan tahu bahawa Dewan Ulama PAS pernah membuat kenyataan-kenyataan sedemikian.

Kedua, setakat pergaulan IB dengan beberapa pimpinan PAS, mereka jelas tentang isu-isu yang dibangkitkan Anwar. Mereka tidak bersama dengan Anwar dalam isu Pluralisme Agama. Kecuali segelinitir pemimpin yang tersasar dek terlalu asyik dengan Anwar dan mungkin latar belakang fahaman tauhid mereka “sedikit longgar”.

Dalam komen-komen tersebut kebanyakkannya mengecam dan merasakan IB seorang pencacai UMNO dan hanya baru menulis. IB boleh maafkan mereka kerana mereka mungkin bukan dari kalangan mereka yang bersama dalam “perjuangan reformasi” di peringkat awal. Tulisan-tulisan IB masih kekal membuat komen terhadap UMNO. Bukankah kita ini pejuang “keAdilan”? Kita tidak pejam mata apabila kesilapan itu dilakukan oleh orang keliling kita [baca juga ini: Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Yayasan Selangor].

IB mula menulis semenjak tercetusnya peristiwa di bulan September 1998. Dalam kesibukan kerja IB di masa itu, IB menulis dari beberapa buah benua memberi komen dan pendapat. Banyak laman-laman reformasi ketika itu memetik tulisan IB. Malah laporan IB ada ketika turut dipetik dan disiar dalam Harakah. Namun itu sudah hampir 14 tahun lalu. Ramai penyokong PR sekarang dan mereka yang laju dalam memberi komen itu masih di bangku sekolah ketika itu – mungkin.

IB suka dengan komen seorang yang bertanya “sejak bila ib berubah ?” Ini menunjukkan bahawa beliau tahu pendirian IB dulu. Cuma mungkin beliau tidak lagi ikuti tulisan-tulisan IB terkini.

IB kerap menegur di ketika-ketika yang sesuai. IB pernah juga tegur Anwar sebelum ini. IB mula meletakkan kaki di brek di awal tahun 2009 apabila Anwar tidak bersungguh dalam memelihara kesucian syahadah – baca “Perlu Menegur DSAI.”

Merujuk kepada temubual Anwar oleh WSJ, Anwar dengan WSJ bukan perkara baru. Kenyataan Anwar dalam WSJ dulu-dulu dan kini membuktikan bahawa WSJ bukan silap petik kenyataan Anwar [kalau salah petik dah lama WSJ disamannya], dan bahawa ianya menyerlahkan sikap dan pendirian Anwar dalam isu mempertahankan akidah umat Islam apabila bertembung dengan kepentingan politik.

IB mula menekan kuat brek apabila Anwar membuat kenyataan dalam WSJ berhubung isu Kalimah Allah ini. Bagi IB ianya sudah sampai masanya untuk IB tidak bersekongkol. Isu Kalimah Allah adalah suatu agenda besar pendakyah Kristian. [baca ini: Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?]

Dan beberapa bulan selepas itu Anwar sekali lagi menzahirkan pendirian agamanya apabila berpegang dengan mazhab John Hicks yang menganjurkan kesamarataan agama. Anwar mengangkat dan memetik kata-kata Dante seolah-olah Dante itu menjaga kesucian semua agama. Walhal Dante amat jelas telah menghina Rasulullah s.a.w. dan sepupunya Baginda, Sayyidina Ali k.w.

Petikan ucapan Anwar di London amat mengusarkan IB. Dalam teguran-teguran susulan yang dibuat Anwar tidak langsung kendurkan pendiriannya dalam menyamaratakan agama ini. Hanya kerana tidak tahan dengan teguran-teguran ini, maka Anwar menghilangkan teks ucapannya di LSE itu dari laman blog rasminya. TETAPI beliau tetap bertegas dengan pendirian apa yang diucapkan itu.

Malah Anwar mengulangi pendirian itu dalam beberapa ucapannya di luar negara [inilah masalah di kalangan penyokong yang membuta tuli - tidak luas bacaan mereka - media-media antarabangsa banyak membongkar sikap dan pendirian Anwar dalam hal agama].

Dan Anwar menerbitkan kembali teks ucapan Pluralisme Agamanya itu di blog rasminya [hanya bertahan untuk 3 hari] apabila diserang oleh rakan karibnya, Ismail Mina dan IB telahpun mengulasnya di sini: Mengulangi Bahawa Anwar Itu Cekal Dengan Pendirian Pluralisme Agamanya.

Jadi sikap Anwar dalam hal akidah ini sudah amat jelas. Temubualnya dengan media antarabangsa selalu diguna beliau untuk meraih sokongan luar dan tidak ditujukan untuk tatapan pembaca tempatan. Jika tidak tidak dihebahkan, rakyat tidak akan tahu. Ianya berlalu begitu sahaja. Begitulah terjadinya dengan temubual Anwar oleh WSJ yang terbaru dan BBC sebelum itu.

Sekian, IB

http://ibrahimbaba.wordpress.com/2012/02/01/sikap-anwar-dan-temubual-wall-street-journal/

*Bukan sekali tapi berkali-kali Anwar tipu PAS di media barat rupa-rupanya.

1 comments:

  • Tanpa Nama says:
    1 Februari 2012 5:24 PTG

    Apa perlu seorang pemimpin sering bertindak utk di temubual dgn media2 barat aka media yahudi ????Tak ada pemimpin di malaysia sama saperti si bengong ini......

Catat Ulasan