Mesej ringkas di atas baru sahaja kami terima sebentar tadi daripada sumber dalaman FAM. Dengan ini terlerailah sudah teka-teki ke mana Safee akan membawa diri sekiranya PSSI diharamkan FIFA kelak.
Nampaknya Safee tekad untuk menikmati gaji sebanyak hampir RM30K seminggu dan memperjudikan masa depan kariernya sekiranya ISL dan PSSI diharamkan oleh FIFA.
Walaupun dari sudut yang berbeza, ini merupakan satu penghormatan buat pemain bolasepak Malaysia kerana gaji yang diterimanya ini jauh lebih tinggi daripada PM Najib!
Untuk makluman semua, ISL merupakan liga berasingan bagi pasukan-pasukan "elit" Indonesia yang berkrisis dengan PSSI. Liga Premier Indonesia pula merupakan satu-satunya liga rasmi Indonesia yang diiktiraf FIFA.
Safee juga nampaknya tidak kisah sekiranya beliau diharamkan untuk beraksi mewakili negara sekiranya FIFA mengenakan hukuman menggantung PSSI. Dan kita bakal kehilangan salah seorang penyerang yang paling berbisa selepas era Mokhtar Dahari dan Azman Adnan.
Diharapkan Safee menyedari dengan jelas setiap impak tindakannya ini dan keputusannya ini tidak bersandarkan kepada faktor kewangan semata-mata.




Cangkul aje Safee selagi Allah memberi rezki...apa pun asal niat dan tujuannya utk kebaikan.Maaalah yang dihadapi itu tentu ada jalan keluarnya selagi kita yakin pada Allah DAN DIRI sendiri.
Asal tak menyusahkan orang separti keldai2 yang menghuruharakan negara dengan UPAH RM 200 belum tentu dapt tu..baik lagi pilihan yang dia buat nie.Permain BOLASEPAK adalah permain berpasukan (11 orang) rasanya dengan tiada Safee pun Malaysia akan terus Maju kalau setiap yang terlibat meletakkan keyakinan 100%.
Wallahuwa'lam.
Go Safee Go....Pemain bola sepak bukan panjang sangat hayat dalam bidang tu, bak kata orang puteh " Make hay while the sunshines"... Sapa nakj bagi gaji banyak tu...RM2.8 Million beb.....hala pulak tu...dengan keringat titik peluh... So go, young man go...go for it...there is no right or wrong...
TERUSKAN SAFEE.GUNAKAN PELUANG SEMASA MASIH MUDA.WALAU PON JIKA DITAKDIR SAFEE TIDAK DAPAT MEWAKILI NEGARA ADA RAMAI LAGI PEMAIN MUDA YG BERPOTENSI.RASA BANGGA ADA AHLI SUKAN BOLASEPAK MALAYSIA BERPENDAPATAN BEGITU.INI AKAN MENYUNTIK SEMANGAT LAGI KEPADA PEMAIN-PEMAIN MUDA KITA HENDAK MENJADI YG TERBAIK MENCONTOHI SAFEE.
Amek aje, kot2 dapat brtahan 2 tahun tu, adalah RM2.4juta gaji. Harap2 kat sini, silap2 kelabu mata kautim, habuk pun tarakkk... go Safee, slagi kudrat diperlukan dan dihargai.
klu aku jd safee aku ambik jer xckp byk dh sape nk bg 100k sbulan kt malaysia niiii...truskan safee go on!!!!!!!