Ah Jib Gor dijangka membuat satu pengumuman penting berhubung kemelut SBPA pada 12 Mac ini. Dan apabila Presiden CUEPACS memberi klu yang pengumuman tersebut bakal memberikan "keadilan dan kebaikan" kepada semua pihak, adakah ia juga membawa maksud bahawa penyelarasan gaji yang dinikmati oleh JUSA dan skim premier akan dipanjangkan kepada semua tingkat jawatan dalam perkhidmatan awam?
Kerana jika JPA memahami apa yang sering YAB PM maksudkan dengan "mendengar denyut nadi rakyat", mereka akan memahami apa sebenarnya yang menjadi duri dalam daging dalam kes SBPA ini. Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan jawapan kepada kakitangan bawahan yang tidak berpuas hati dengan isu jurang kenaikan gaji dengan jawapan: "Kalau hendak merasa gaji sebanyak itu, pergilah belajar peringkat ijazah, jadi pegawai dan naik pangkat!"
Kalau jawab dengan cara begitu, maka lebih 90% penjawat awam akan ke pusat mengundi dengan dendam membara kepada Kerajaan. Ini kerana mereka hanya nampak SBPA ini hasil tangan Kerajaan BN dan bukannya JPA! Itu belum campur hasutan daripada fuckatan lagi.
Maka adakah ini bermaksud wujud usaha-usaha tertentu dalam JPA sendiri yang mahu memboikot segala usaha murni Kerajaan BN untuk meningkatkan taraf hidup rakyat?!! Atau mereka sememangnya terlalu ego dan bongkak kerana merasakan semua penjawat awam berada di bawah ehsan JPA?!!
Namun, pada hemat kami, para pegawai dan pembuat dasar di JPA bukan sahaja perlu mahir dalam hal ehwal mengurus pentadbiran dan kewangan Kerajaan, bahkan sebenarnya yang lebih penting lagi adalah mereka perlu mahir dalam kemahiran untuk mendengar keluhan kakitangan awam dan tahu untuk berinteraksi kembali dengan berkesan. Atau dengan bahasa yang lebih mudah lagi, skil GerakSaraf dan PerangSaraf mereka perlu dipertajamkan lagi.
Buat apa Kerajaan BN mengusahakan gaji puluhan ribu RM sebulan kepada mereka sekiranya mereka GAGAL untuk mengenal pasti masalah dan mencari jalan penyelesaiannya?!!
*Pada pendapat kami, isu SBPA ini akan selesai sekiranya skim tersebut memberikan penyelarasan gaji yang adil kepada semua skim dan tingkat jawatan. Jangan bagi alasan SBPA bukannya untuk penyelarasan gaji, kerana jika tidak mengapa jawatan yang lebih tinggi daripada 54 menikmati kenaikan minimum RM6K?!!



Oii nak bagi negara muflis ke dengan kenaikan gaji tak munasabah tu....KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA BARANG.Kesian kat kami yang kerja swasta dan kerja sendiri.TAK ADA PEMBELAAN LANGSUNG.HIDUPMAKIN TERSEPIT.
Anak Petani
sekarang keje dengan gomen lagi mewah dari keje dengan syarikat swasta yang kurang dari 5 orang pekerja, dah le syarikat kena bayar cukai, eletrik lagi mahal, projek pun sikit lepas tu terpaksa bersaing dengan banyak syarikat.
keje dengan gomen siap diberi emas, mana tak nya, bila pencen dapat > 60 ribu, lepas tu bulan2 dapat pencen lagi.
saya rasa senag ja nk bgi semua ktangan kerajaan senang ja skim gaji lama misalan P2 T12 bka skim gaji baru ikut T lama semua setuju saya rasa
Saya bersyukur dengan gaji saya dulu,saya syukur juga dengan pencen saya sekarang.Jika ada pembaikan bagus juga untuk pemjawat sekarang.Sebenarnya PM memikirkan untuk yang terbaik kepada kakitangan awam.Masaalah muflis tu tak timbul seluruh bumi Malaysia mengeluarkan duit.Isu muflis tak timbul.Sekian.Mohamad @salam b.Zaini 30.
alhamdulillah....... demi Allah dan Rasul
selaraskan jer peratusan kenaikan setiap gred sehingga jawatan JUSA dan kumpulan tertinggi...baru adil. tapi kita tunggu dan lihat bagaimana PM bijak menyelesaikan masalah ni agar gaji kumpulan bawahan (Gred 1 -54) ni naik dan gaji kumpulan atasan diturunkan..PM mesti bijak kerana negara akan terpaksa menanggung kos pencen kumpulan tertinggi ni jika masih menggunakan pendekatan asal SBPA....kalau BIJAK LA!!!!jangan rakyat terus dibelengu dengan masalah kenaikan harga barang hanya kerana kenaikan gaji sekelumit manusia yang BERTUHANKAN duit sedangkankan perkhidmatan yang disampaikan tidaklah sberapa.
KPPA tak bermaya dan lembik. Elok tukarkan sahaja. Dok jaga kaum PTD dan golongan JUSA. Kasihanilah kami wahai DS Najib...siang malam menghambakan diri kepada perkhidmatan awam tapi golongan atasan tak peduli nasib kami. Kami dah cuba berjimat cermat tetapi inflasi tak dapat dielakkan, maka nilai gaji yang dterima semakin mengecil. Bermacam perkhidmatan dipasaran spt Astro, kereta model baru, Kelas bahasa asing, nursery canggih, rumah moden. Kami ada hati dan teringin juga utk memiliki semua itu. Anak2 kami pun nak makan Md Donald, KFC, Dominos, Frutti Tutti dan bermacam lagi. Kami juga punyai hati dan perasaan. Oleh yg demikian, dengan izin Allah SWT saya berdoa agar DS Najib terbuka hati utk naikkan gaji pada angkap yg munasabah sesuai dgn ekonomi sekarang. Petronas ada. Malaysia makmur dengan hasil bumi yg patut dikongsi bersama. Janganlah tanah2 diberi kepada seseorang sampai tahap melampau, kalau kami dapat 5 ekar pun dah cukup utk rasa nikmai tuaian kelapa sawit. Selaras dan pantaulah dengan teliti dan mendalam agar segala peruntukan dan geran2 kerajaan tidak tiris dlm perjalanan kepada golongan sasaran. Tingkatkan sifat amanah dan kebertanggungjawab anggota perkhidmatan awam. kami tahu, org yg meminta-minta sangat hina disisi agama. jgn biarkan begitu. Kami tidak mempunyai kabel atau adik beradik yg berjawatan tinggi dlm politik, kerajaan atau apa2 pertubuhan, malah kami ahli biasa utk menyampaikan isi hati kpd DS Najib; cuma harap hubungan on-line ini dapat singgah dihati DS Najib. Dari Hamba Allah Yg Selalu Berdoa DiMurahkan Rezeki.
that is good news, thanks...