Selasa, 7 Februari 2012

AWAS! Perangkap Barua Anwar Dalam Malaysian Insider. Sebarkan.

 Salah satu contoh propaganda ala zaman Hitler.

Konon-kononnya dapat berita dari pihak lawan. Kononnya dapat informasi orang dalam.

Konon-kononnya...

Bila baca berita ini dari portal berita yang agak masyhur, mungkin ada golongan yang akan percaya bulat-bulat.


PRU-13 mungkin separuh kedua 2012 untuk pastikan BN menang besar, kata sumber BN
Oleh Jahabar Sadiq
Editor
February 05, 2012

KUALA LUMPUR, 5 Feb — Pilihan raya umum mungkin akan diadakan seawal separuh kedua tahun ini kerana Datuk Seri Najib Razak sedang mendapatkan kemenangan lebih besar dengan pegawai Barisan Nasional (BN) berkata perdana menteri percaya kemenangan tipis akan diperoleh sekiranya diadakan sekarang.

Pengerusi BN mengetepikan kata-kata agar dibubarkan Parlimen awal minggu ini, beberapa hari selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan agar mengambil masa untuk mendapatkan sokongan.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa suntikan dalam telah meletakkan BN akan mengulangi kemenangan dengan bilangan yang sama seperti pilihan raya umum 2008 jika pilihan raya diadakan tidak lama lagi. BN memenangi 140 kerusi Parlimen, hilang majoriti dua pertiga dan tewas di empat negeri.

“Datuk Seri Najib tidak akan mengambil risiko untuk mengadakan pilihan raya. Beliau boleh tunggu memandangkan ramai yang belum bersedia,” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider menambah pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sehingga April 2013.
Baca seterusnya di sini (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pru-13-mungkin-separuh-kedua-2012-untuk-pastikan-bn-menang-besar-kata-sumber-bn/).

Mungkin ada segelintir pihak dalam UMNO sendiri akan mula tuduh menuduh, siapa agaknya geranngan orang dalam yang membocorkan rahsia.

Cuba baca ayat yang ditandakan dengan warna biru. Itu adalah subliminal messages yang cuba disampaikan oleh penulis propaganda tersebut. Untuk menanamkan mesej bahawa BN masih lemah dan belum bersedia menghadapi pilihan raya. Secara tak langsung, mungkin akan menjejaskan keyakinan jentera dan ahli parti. Manakala pada penyokong parti dan golongan atas pagar, mesej ini cuba untuk mempengaruhi bahawa jika mereka mengundi pembangkang, berkemungkinan pembangkang akan menumbangkan BN kerana kedudukan sekarang 50-50. Mesej ini sama seperti propaganda pembangkang yang lain iaitu merayu untuk memberikan peluang kepada mereka.

READ BETWEEN THE LINES

Jika dahulu kita pernah diajar untuk mengenalpasti ayat tersurat dan tersirat. Kini mungkin kita sudah lupa ajaran guru Bahasa Melayu dan menelan maklumat bulat-bulat tanpa berfikir panjang. Dunia hari ini terlalu kompleks untuk kita meneliti fakta dalam pembacaan kita. Lebih mudah untuk sambalewa membacanya dan mungkin tidak ingat apa yang kita baca. Dalam tidak sedar, subliminal messages telah menyerap masuk dan meracuni fikiran kita sedikit demi sedikit.

Sebelum MyMassa akhiri artikel ini, MyMassa mahu berkongsi satu lagi perkara iaitu siapakah penulis berita tersebut yang bernama Oleh Jahabar Sadiq?

Kalau nak tahu, sila baca maklumat ini.

Jahabar Sadiq Pegang Bajet Besar FACK!

Cuti hujung tahun dah semakin dekat. Kakitangan Ibu Pejabat PKR pun ramai yang sudah bercuti. Ada yang melancong luar negara. Ada yang dapat bajet lebih, bawa keluarga ke tempat yang lebih hebat dan jauh. Sesiapa yang dapat rezeki extra, kerana pandai ‘kalih’ duit peruntukan yang diberikan kepada parti – lebih jauh dapat bersama keluarga. Untung masing-masing lah.
Walaupun dalam menuju akhir tahun, Ibu Pejabat masih sibuk dengan susunan strategi nak berdepan dengan tarikh 9 Januari. Ada dua team khusus yang telah ditubuhkan, satu untuk tarikh 9 Januari. Satu lagi team tumpu kepada KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT yang dijadualkan pada 14 Januari. Masing-masing team ini diketuai oleh orang yang lain. Masing-masing ikut kepala sendiri. Asal ada untung dan boleh bawa anak bini berjalan jauh. Mereka pun kononnya buat kerja.
Blog ini antara yang awal pecah tembelang program FACK yang akan dianjurkan PKR. Free Anwar Campaign ke-2. FACK. Khabarnya, sudah kecoh juga di Ibupejabat kerana penggerak The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq akan diberikan peruntukan besar bagi melancarkan FACK di dalam laman tersebut. Siap dengan banner dan link dengan international organization. Hebat.
 http://gelagatanwar.wordpress.com/2011/12/28/jahabar-sadiq-pegang-bajet-besar-fack/

Untuk maklumat yang lebih terperinci, tanya sahaja pada GOOGLE yang bisa menjawab persoalan tersebut.

Mungkin dua link ini akan menambah maklumat sedia ada. 


http://theunspinners.blogspot.com/2011/08/jahabar-sadiq-ngaku-malaysian-insiders.html


http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/beritakomentar/34255-zahrain-cabar-jahabar-sadiq



*Makin dekat PRU, makin kotor permainan propaganda pihak pembangkang. Hati-hati. Pembangkang sekarang ini dalam keadaan lemah dengan penentangan dalaman ahli parti mereka.

1 comments:

  • Tanpa Nama says:
    7 Februari 2012 6:27 PG

    hitler lg suci dri nuar tu.hitler benci golongan gay.die bunuh yahudi.hitler angkat bangsa jerman setanding kuasa2 besar dunia time tu.nuar??.undang2 liwat dah lapuk.bersengkongkol dgn yahudi.mburukkan bangsa sendri dimata dunia.ni ke pemimpin yg ptt ke putrajaya.

Catat Ulasan