Khamis, 23 Februari 2012

ANWAR MERANTAU MENCARI DANA PRU

 

Salah satu badan penaja badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim, Konrad Adenauer Stiftung (KAS) terlibat dalam menyediakan material untuk menjaga keselamatan Israel. KAS dilaporkan telah menaja badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) sejak dari tahun 1980-an. KAS merupakan sebuah Yayasan Kristian Jerman iaitu badan pemikir terbesar kepada parti The Christian Democratic Union (CDU), Jerman yang ditubuhkan sejak tahun 1955. Nama asal KAS adalah “Society for Christian Democratic Education Work”, yang kemudiannya ditukar nama kepada Konrad Adenauer Foundation/Stiftung pada tahun 1963 sempena dengan nama Chancellor Pertama Jerman, Konrad Hermann Joseph Adenauer (Konrad Adenauer).

Kedua, DSAI memaklumkan akan ke luar negara lagi, kali ini ke Tunisia dan bermesyuarat dengan Al Baraqa Bank, milik Al Baraka Banking Group (ABG), Bahrain. DSAI dilantik  Pengarah Bebas Bukan Executive ABG sejak Mac 2006, ketika beliau masih menetap di Amerika Syarikat dengan menjadi pensyarah pelawat di Centre for Muslim-Christian Understanding(CMCU), Universiti Georgetown, Washington D.C.

Pada tahun 2002, didedahkan dalam afidavit David Kane bahawa IIIT juga ditaja oleh SAAR
Foundation dan SAFA Trust. Anwar menerima dana dari SAAR Foundation ketika dia menjual saham-saham SAAR dalam Bank Islam.

Dan pada Mei 2006, Salah Kamel  dari Al Baraka Group membuat keputusan untuk melabur aset-asetnya dalam bursa saham Bahrain dan keuntungan Al-Baraka Banking Group (ABG) meningkat sebanyak US$ 580 million, yang disebut sebagai salah satu IPO terbesar di Timur Tengah.. Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah ABG”.

Isunya kini, di kala DSAI ligat mencari wang dan dana PRU13 dengan segala macam janji kepada pemberi dana, apakah agaknya nasib bangsa dan negara kita seandainya mereka berjaya? Berapakah agaknya hutang campur dividen campur janji projek yang akan diberikan kepada pemberi-pemberi dana itu? Lihatlah cara LGE memberi projek-projek bernilai besar kepada Singapura? Lihatlah cara PKR menjual aset-aset bumiputera di Selangor, agaknya jika PKNS dijual satu demi satu, mengapakah?

0 comments:

Catat Ulasan