ELI COHEN AND ANWAR IBRAHIM PELANDOK DUA SERUPA
1. Pada 18 Mei 1965, Kerajaan Syria telah menjatuhkan hukuman mati kepada Eli Cohen, walaupun mendapat protes daripada pemimpin dunia dan Israel
- Dia tidak pernah diberikan peluang untuk membela diri semasa perbicaraan
- Dia telah diseksa semasa soal siasat yang mana penyeksaan tersebut adalah bertentangan dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa
- Mayatnya tidak dikembalikan kepada keluarganya
Salah satu cubaan yang paling diingati dan berani oleh Eliahu ben Shaoul Cohen, rakyat Mesir berketurunan Yahudi adalah percubaan untuk menyusup masuk ke Syria , yang mana pada ketika itu Bukit Golan dan peneroka Israel dikepung oleh Syria.
2. Eliahu ben Shaoul Cohen, bekerja sebagai agen MOSSAD di Damascus, Syria menggunakan nama Kamal Amin Ta'abet daripada tahun 1962 sehingga pendedahannya sebagai seorang agen dan dihukum mati pada 18 Mei 1965. Cohen didapati mampu untuk memberikan maklumat terperinci mengenai hal-ehwal politik dan ketenteraan Syria kerana kekuatan interpersonal dan kemahirannya mengadakan hubungan rapat dengan pemimpin bisnes, tentera, Parti Ba’ath dan Presiden Syria, Amin el Hafiz. Dia telah dihukum gantung di Dataran dengan disiarkan di seluruh dunia.
3. Eli mengetahui rahsia kumpulan elit Syria termasuklah yang membabitkan keselamatan negara. Eli juga telah dipertimbangkan untuk dinamakan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan Syria. Dia juga merupakan satu-satunya orang awam yang telah diberikan kebenaran untuk melawat pangkalan tentera, yang juga turut bergambar bersama-sama pegawai atasan Syria di Bukit Golan yang suatu ketika dulu di bawah penguasaan Syria.
Eli kemudiannya menghantar laporan yang mempunyai maklumat penting ke Israel mengenai projek pengalihan pengairan Syria dan setiap pos kawalan di Bukit Golan, termasuk perangkap kereta kebal yang direka untuk menghalang sebarang serangan daripada Israel.
4. Pengaruh Eli terhadap pegawai Syria telah membantu Israel lebih daripada yang sepatutnya. Eli telah mencadangkan agar Syria menanam pokok di setiap kubu tentera Syria di atas bukit Golan. Berdasarkan pokok eucalyptus (kayu putih), Israel mengetahui dengan jelas di mana kubu tentera Syria.
Dua tahun selepas kematiannya, pada Jun 1967, maklumat perisikan yang diberikan oleh Eli Cohen telah menyebabkan Israel menawan Bukit Golan dalam masa dua hari sebagai sebahagian daripada kemenangan Israel dalam Perang Enam Hari.
Eli Cohen adalah agen MOSSAD yang paling hebat. Dia cukup dikagumi oleh semua, termasuklah rakyat Syria. Tindakannya masih membayangi imaginasi dan fantasi ramai orang. Dia merupakan hero yang telah mengorbankan hidupnya demi Israel, rakan-rakan Yahudi, anak-anak dan keluarganya.
Sudah 38 tahun selepas dia digantung. Kerajaan Syria masih tidak mengembalikan mayatnya kepada keluarga untuk upacara pengebumian di Israel di mana Kaddish (ritual ratapan dalam agama Yahudi) boleh diadakan di kawasan kuburnya. Masanya telah tiba untuk menuntut agar mayatnya dikembalikan. Oleh yang demikian, kami menyeru kepada semua untuk menandatangani petisyen kepada Dr. Bashar el Assad, Presiden Syria.
Melalui laman sesawang ini http://www.elicohen.org/, kami memberikan penghormatan kepada Eli Cohen, Hero Kita di Danmascus, agen MOSSAD Israel yang paling hebat. Kami mengenang jasanya melalui kata-kata abangnya, Maurice Cohen, yang mana berada di dalam unit yang sama dengan Eli, mendedahkan fakta terkini yang mana tidak diberitahu mengenai kempen MOSSAD di Syria. Ini merupakan laman pendidikan untuk menambahkan pengetahuan orang ramai mengenai sumbangan Eli Cohen terhadap kemandirian Negara Israel dan orang Yahudi, dan juga sejarah Timur Tengah pada ketika itu.
Kami berharap untuk menyatukan mayatnya dengan tanah air dan keluarganya yang sangat disayangi.
Soalan yang boleh direnungkan bersama:
Adakah salah satu huru-hara yang sedang berlaku di Syria pada ketika ini disebabkan oleh tuntutan Israel terhadap mayat Eli Cohen? Adakah pembangkang di Israel telah dipengaruhi oleh agen MOSSAD untuk melancarkan pemberontakan bangi menggulingkan kerajaan yang sedia ada sebagai balas dendam terhadap kematian Eli Cohen?
Bagaimana pula dengan kenyataan Anwar Ibrahim di dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel)? Adakah Anwar Ibrahim telah menjadikan Eli Cohen sebagai idolanya dan akan berusaha untuk menghuru-harakan Malaysia menggunakan modus operandi yang sama dengan Eli Cohen?
Bersambung (artikel sumbangan Kerambit)



Masya Allah.....
semoga Malaysia dilindungi dari para pengkhianat ini, amin...
anwar sepatutnya menerima hukuman yg sama.,.