UPDATE TERKINI:
Anwar tidak dapat disabitkan bersalah oleh hakim kerana integriti bukti boleh dipersoalkan/bukti yang diambil tidak diurus dan disimpan dengan baik. alasannya pihak pendakwaan hanya bergantung kepada SP1 satu sahaja sebagai bukti dan tiada bukti lain yang boleh digunakan untuk membuktikan "beyond reasonable doubt".
Jadi tidak perlulah Azmin Ali robohkan dinding penjara Sungai Buloh.
Sekarang Mahkamah Malaysia pula macamana? Adil ke tidak?




Oii, pening laa... Mana bab konspirasi nak penjarakan Anwar ni? Aku mati2 percaya, tapi apsal takde pun?
Mahkamah memang bebas dari dulu lagi.....mama ada campurtangan sesiapa pun...cuma bukti teknikal tak mencukupi.....dan umum tahu kejadian meliwat memang ada....hanya Allah je berhak memberi balasan....
BN pun CERDIK juga...permainan baru bermula...
dah memang dia tak salah..bukti liwat dengan batang penyapu kot
Keputusan hari ni memberi impak yang besar kepada sebahagian rakyat.. bagi saya, anwar sekarang sepatutnya boleh bersumpah.. dah tak salah kan.. cuba lihat dari mula2 kes, bermula anwar kata dia tak kenal saiful..
Kalau ikut DNA, memang sah DNA tu anwar punya.. sama.. cuma dari segi teknikalnya hakim menganggap DNA tersebut ada keraguan.. keraguan yang bermaksud mungkin DNA tu telah 'diusik'.. teknikalnya.. keraguan ini ditimbulkan oleh peguam bela dasarnya.. sama mcm kes khalwat mat sabu.. yang mana teknikalnya saksi tersalah beri keterangan nombor bilik dan masa..
keputusan mahkamah dihormati.. hanya Allah, anwar, saiful sahaja yang tahu.. tapi jauh sudut hati saya mula terfikir, seorang rakyat biasa yang ditangkap kerana merogol, boleh guna lawyer untuk menimbulakn keraguan.. kerana waktu rogol mestilah tiada org lain kan.. cuma selama ni perogol2 memang tiada wang untuk mengupah peguam yang hebat boleh menimbulkan keraguan seperti ini sekalipun memang terbukti air mani ada pada mangsa.. ada juga disabitkan kerana pada masa kejadian memang perogol berada dengan mangsa.. mcm kes anwar, walaupun ada bukti anwar berada di kondo terbabit, tetapi mereka menolak berlakunya kes liwat.. bayangkan kalau perogol2 boleh buat begini? kebarangkalian terlepas ada.. bagaimana jika mangsa adalah keluarga anda? semoga Allah melindungi keluarga kita.. Amin..
suka juga saya mengambil kes saman ekor speed trap.. ramai org mempersoalkan kredibiliti polis.. walaupun ada kes2 tersalah tangkap (disebabkan nombor pendaftaran palsu dan sebagainya) tapi hakikatnya memang ramai adalah pesalah.. hanya mereka saja yang tahu.. cuma saja menimbulkan keraguan kerana pada waktu itu gambar tidak boleh dijadikan bahan bukti.. jadi? tuan2 fikirlah.. pesalah2 ini cuba melepaskan diri setelah dapat jalan untuk mempersoalkan walaupun pada hakikatnya mereka salah.. fikir fikirkan..
p/s: doktor dah sahkan hasil ujian darah fayyad tidak mengandungi racun mahupun dadah.. berlakon? atau.........