Isnin, 9 Januari 2012

ULASAN 901 : DSAI KEKURANGAN PENYOKONG

 Gaya Orang Kaya Baru 

Hanya Diiringi Isteri & Anak-Anak Tanpa Anak Lelakinya

1. BEBERAPA peristiwa yang berlaku menjalang 901 menyebabkan sokongan ke atas DSAI di beberaptempat terakhir beliau berceramah jauh merosot. Di Kelab Sultan Ismail semalam , padang bola sepak yang sepatutnya boleh memuatkan lebih kurang 10,000 orang hanya dihadiri lebih kurang 3,000 orang. Manakala di Kg. Pandan kawasan yang sepatutnya mampu dipenuhi 15,000 orang hanya dihadiri kira-kira 7,000 penyokong tegar PKR.

2. Pagi ini, jangkaan yang bakal hadir di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, melebihi 20,000 orang, tetapi tinjauan mymassa mendapati hanya lebih kurang 4,000 sahaja yang hadir. Tempat letak kereta yang dikhaskan kepada penyokong-penyokong DSAI kosong banyak yang kosong.

3. Pemimpin-pemimpin pembangkang pula datang seorang-seorang tidak lagi bersatu bersama-sama. YB Mahfuz datang seorang, malangnya Dato Dr. Hassan Ali telah dicemuh, dihina dan diolok-olok dimalukan. Dr. Chua Jui MIng hanya datang bertiga tanpa penyokong yang ramai. Manakala Hj. Hadi Awang datang lambat selepas lebih setengah jam DSAI masuk ke dalam mahkmah.

4. Kebanyakan yang hadir duduk-duduk, lepak-lepak di bawah-bawah pokok. hanya tinggal beberapa ratus sahaja yang masih menjerit-jerit perkataan reformasi, lawan tetap lawan, sekali-sekali takbir yang kecil, kumpulan-kumpulan mereka berpecah-pecah dan berselerak.

5. Peristiwa pagi ini kelihatannya lebeih kepada pesta-pestaan sahaja. Jerit-menjerit. Nonton-menonton, jalan-berjalan, mengambil gambar, menunjuk-nunjuk Ipad, Samsung, Blackberry model terkini ( he he he), juga menyang badan dengan sedikit-sedikit poster kepala DSAI, dan sedikit banner-banner kecil yang kelihatannya seperti kekurangan dana dan sokongan.

6. Mymassa mendapati pertunjujkkan semua ini akan tamat selepas matahari mencacak di atas kepala kerana semakin ramai yang mencari tempat berteduh di bawah pepohonan. Suara reformasin pun semakin mengecil dengan berkelompok-kelompok.

7. Sehingga 9.45pagi ini, suara reformasin semakion masin, kendur dan sudah keluar arahan kembali ke Masjid Wilayah Persekutuan.

8. Persoalan lain, ke mana perginya suara DAP? Tiada banner DAP menyokong DSAI? Tiada pemimpin-pemimpin agung DAP? Ahli-Ahli DAP bisa dibilang dengan jari! Siapa kena main?

Bersambung...

0 comments:

Catat Ulasan