Selepas Gagal, Hata Wahari Terpaksa Mengaku Bertuankan DAP.

Posted on
  • Khamis, 19 Januari 2012
  • by
  • MymassaVoice
  • in
  • MyMassa tertarik dengan berita ini.



    Malas nak komen panjang, MyMassa perkenalkan semua siapa Hata Wahari dengan artikel yang pernah blog ini keluarkan.


     Kenali Hata Wahari, seorang bekas wartawan Utusan Malaysia yang telah dipecat kerana selalu mendatangkan masalah kepada akhbar tersebut.

    Setelah dipecat, Hata Wahari mula menyimpan dendam terhadap bos lamanya lalu berpakat dengan PKR untuk menghentam Utusan dan Kerajaan.

    Pada mulanya, Hata Wahari bersama Nurul Izzah cuba menerbitkan Utusan Rakyat. Namun permintaan mereka telah ditolak oleh KDN.

    Seiring dan sejalan...jeng jeng jeng


    Kemudian Hata Wahari menerbitkan Harian Malaysia versi online setelah gagal dengan Utusan Rakyat. Namun Harian Malaysia juga projek gagal Hata Wahari.

    Kenapa MyMassa kata Harian Malaysia gagal? Kerana Harian Malaysia bukannya akhbar online tetapi lebih kepada blog peribadi Hata. Kalau pembaca tidak percaya, cuba saksikan sendiri akhbar online tersebut di http://www.harianmalaysia.my/.

    Berita dalam akhbar tersebut kebanyakannya adalah diambil dari BERNAMA. Berita-berita yang diterbitkan pula 100% dicedok dari akhbar lain cuma tajuknya diubah mengikut irama propaganda pembangkang. Lebih menyedihkan, tiada gambar dalam artikel yang dikeluarkan kecuali gambar Nurul Izzah. Ini ke projek Hata Wahari yang nak menyayingi Utusan?

    Bangang betul wartawan macam Hata Wahari. Memang patut kena pecat dari Utusan. Tiada kualiti langsung. Yang lawaknya, akhbar yang kononnya nak memperjuangkang keadilan ini sendiri mengamalkan budaya kronisme.

    Siapa Laile Wahari dan Shawal Wahari? Bukan kroni ke.
    Bila dah gagal, mulalah mencari pihak lain untuk disalahkan. Dan salah satu pihak yang disalahkan adalah blogger pro- Kerajaan.


    Sebenarnya Hata Wahari cemburu dengan blogger pro Kerajaan yang berjaya menghasilkan posting yang lebih menarik dari artikelnya di Harian Malaysia. Malah ranking Alexa blogger pro Kerajaan lebih tinggi dari Harian Malaysia (Harian Malaysia di ranking 5227). Bayangkan blog boleh kalahkan portal media.

    *Kalau ikut ranking terbaru Alexa, Harian Malaysia langsung tak masuk ranking. MEMALUKAN!

    1 comments:

    Tanpa Nama berkata...

    dapat habuan ke tak dia ni? hehe

    Catat Ulasan

    Catatan Terkini

     
    Powered by : Blogger