Walaupun pekara ini telah berlalu kelmarin, MyMassa tetap ingin mengulas mengenainya. Sebab mengapa MyMassa berbuat demikian, MyMassa akan terangkan di bawah.
Bandingkan laporan ini, satu dari Utusan Malaysia, satu lagi dari Malaysiakini.
Laporan Utusan.
Laporan Malaysiakini.
Malaysiakini seboleh-bolehnya nak meletakkan calon dari team Erdogan PAS sebagai calon terbaik menggantikan Dr. Hasan Ali. Sedangkan Utusan lebih telus dengan melaporkan cerita yang sebenarnya. Hakikatnya ketika itu (sebelum pelantikan) Dr. Rani sememangnya telah ditolak oleh pihak istana.
Itulah Malaysiakini. Penyebar fitnah, tohmahan yang paling profesional. Dan mereka juga berjaya membentuk persepsi negatif terhadap Kerajaan dan Barisan Nasional.
Pembangkang selalu dakwa Utusan adalah akhbar fitnah kerana sering disaman di mahkamah. Hakikatnya, Malaysiakini juga mempunyai kes yang sama. Malangnya, kebanyakannya dapat diselesaikan di luar mahkamah. MyMassa ambil contoh kes saman Ketua Menteri Sarawak baru-baru ini yang diselesaikan dengan permohonan maaf dari Malaysiakini.
Adakah permohonan maaf ini berjaya membetulkan persepsi negatif orang ramai kepada Ketua Menteri Sarawak.
Di sini MyMassa ingin berkongsi sebab mengapa artikel ini ditulis seperti mana yang dinyatakan permulaan posting ini.
Ertinya Malaysiakini telah kukuh (establish) sebagai portal media internet yang sangat berpengaruh. Apa sahaja yang dipaparkan oleh Malaysiakini akan dihadam bulat-bulat oleh pembacanya yang tidak peka. Ini termasuklah fitnah, tohmah dan lain-lain artikel yang mempunya motif tertentu dan akan memandu pemikiran pembacanya membenci pihak-pihak 'lawan' Malaysiakini. Pihak lawan tersebut tidak lain dan tidak bukan iaitu Kerajaan dan Barisan Nasional.
Nasihat MyMassa mudah, read between the lines ketika membaca Malaysiakini.
Pengganti Hasan Ali. Laporan Utusan Lebih Tepat Dari Malaysiakini.
Posted on Jumaat, 20 Januari 2012 by MymassaVoice in
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




0 comments:
Catat Ulasan