Pengajaran Dari DAP Perak

Posted on
  • Jumaat, 6 Januari 2012
  • by
  • MymassaVoice
  • in
  •  
     
    SDR PENGARANG,

    SAYA membaca laporan berita mengenai keputusan DAP untuk merujuk Setiausaha Negeri Peraknya yang juga bekas anggota Exco,Nga Kor Ming kepada Jawatankuasa Disiplin parti dengan penuh rasa perihatin.

    Ini kerana jika DAP benar-benar berhasrat menjadi contoh kepada sebuah kerajaan alternatif yang bersih, cekap dan amanah, mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik.

    Soal sama ada Nga benar-benar didapati bersalah kerana mempengaruhi lembaga tender untuk menganugerahkan projek membekalkan pakaian ketika Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri itu pada 2008 kepada isterinya adalah satu perkara lain.

    Biarlah soal itu ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin parti itu sendiri sebagaimana yang telah diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Kok Wai.

    Malah Tan berkata, mereka memutuskan untuk memanggil Nga mengadap selepas menerima aduan secara rasmi daripada cawangan DAP di Greenwood, Ipoh.

    "Saya menerima surat aduan itu semalam. Kita akan adakan siasatan minggu depan dengan memanggil pengadu dan Nga," kata Tan sebagaimana yang dipetik daripada laporan Bernama.

    Namun apa yang ingin saya timbulkan di sini ialah bukannya sama ada Nga terlibat atau tidak dalam mempengaruhi penganugerahan tender tersebut tetapi apakah benar tender tersebut telahpun dianugerahkan kepada syarikat yang mempunyai kepentingan atau kaitan dengan isteri Nga.

    Hakikat ini (jika benar) hanya membuktikan satu perkara sahaja iaitu DAP sendiri apabila berada di tampuk kekuasaan terdorong untuk memberikan tender kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan mereka atau pemimpin mereka.

    Sepatutnya jika DAP atau PR benar-benar hendak membawa pembaharuan pada wajah lanskap politik negara dengan mengamalkan pentadbiran yang benar-benar lain dari pentadbiran yang ada sekarang mereka patut mengamalkan apa yang mereka seru selama ini.

    Walaupun Nga menafikan dakwaan itu dan telah memfailkan saman terhadap seorang bloger bernama Ahmad Sofian pada Selasa kerana membuat dakwaan tersebut tetapi pada masa yang sama, rakyat berhak tahu apakah benar isterinya telah diberikan tender oleh kerajaan negeri yang ditadbir oleh DAP.

    Melainkan Nga dan pemimpin DAP yang lain membuktikan sebaliknya, maka barulah rakyat percaya, apa yang dilaungkan oleh parti itu sebelum ini memiliki kredibiliti dan wajar mendapat sokongan rakyat.

    Jika tidak, tolong bersihkan dulu diri dan parti anda sebelum meminta rakyat mengundi anda pada pilihan raya umum akan datang.

    PANDANGAN DARI HATI YANG IKHLAS,

    SUFIAN CHIN

    Ipoh, Perak
     
    Sumber : (http://mstar.com.my/variasi/pendapat/cerita.asp?file=/2012/1/4/mstar_pendapat/20120104164652&sec=mstar_pendapat).

    2 comments:

    Tanpa Nama berkata...

    For DAPigs....cakap tak serupa bikin.
    The most racist political party in Malaysia.

    Tanpa Nama berkata...

    Hip! Hip! horeyyyy!!!!

    Catat Ulasan

    Catatan Terkini

     
    Powered by : Blogger