Pendedahan: RM 5 Juta Duit Rakyat Selangor Dibuang Ke Tong Sampah?

Posted on
  • Rabu, 25 Januari 2012
  • by
  • MymassaVoice
  • in
  • Dalam bajet kerajaan Negeri Selangor 2012, sebanyak RM300juta diberikan untuk geran SELANGORKU.


    RM300 juta untuk ‘Geran Selangorku’

    SHAH ALAM:Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan sebanyak RM300 juta di bawah ‘Geran Selangorku’ bagi melaksanakan program-program yang berfaedah untuk rakyat.
    Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu berasaskan dana sumbangan dividen daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Selangor dan keuntungan yang diperolehi Menteri Besar Incorporated (MBI) yang berjaya mengutip hutang lapuk dari Talam Corporation Sdn Bhd.

    Daripada jumlah tersebut, RM5juta disediakan untuk alam sekitar di bawah seliaan Elizabeth Wong.



    Namun, apakah ertinya pemuliharaan alam sekitar sekiranya pemeliharaan pun gagal disempurnakan oleh Kerajaan Negeri?


    Perhatikan isu alam sekitar yang terbaru melanda Selangor iaitu isu kutipan sampah oleh kontraktor baru yang langsung tak berwibawa. Lihatlah gambar ini yang dirakam di Shah Alam berdekatan dengan restoran daun pisang.



    Gambar di atas adalah gambar yang dikirim oleh pembaca MyMassa. Bagaimana dengan luahan-luhan ini pula?

    Ke Mana Hilangnya Pengutip Sampah?

    RAWANG: Penjawat awam Ida (bukan nama sebenar) terkejut besar bila beliau keluar rumah pada awal pagi baru-baru ini. Apa tidaknya beliau terperanjat bila melihat sampah sarap bertaburan di laman rumahnya dan juga di depan rumah jiran-jirannya. Sampah dan segala sisa buangan domestik lain kelihatan bertaburan setelah bekas-bekas yang penuh dengan sampah diganggu haiwan jalanan pada waktu malam.

    "Mungkin kucing dan anjing telah merobek plastik sampah pada malam hari. Sampah memang menggunung sejak minggu-minggu kebelakangan ini kerana trak yang mengutip sampah tidak muncul," beliau memberitahu penulis.

    Bukan Ida seorang dibelenggu oleh masalah ini, begitu juga jiran-jirannya yang tinggal di sepanjang Jalan 11/9, Taman Lembah Hijau, Bandar Tasik Puteri di sini.

    Penduduk di beberapa kawasan kejiranan yang lain di taman perumahan ini turut berdepan dengan masalah serupa.

    Mereka juga bukan bersendirian, kerana terdapat laporan mengatakan penduduk di kawasan perbandaran lain juga mengalami masalah pengutipan sampah yang tidak efisien.

    Henti Operasi

    Media baru-baru ini melaporkan Alam Flora Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab terhadap pengutipan sampah di Selangor, diberhentikan operasinya mulai 16 Oktober tahun lepas.
    Media baru-baru ini melaporkan Alam Flora Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab terhadap pengutipan sampah di Selangor, diberhentikan operasinya mulai 16 Oktober tahun lepas.

    Sejak itu, kerajaan Selangor melalui pihak berkuasa tempatan, mengambil alih tugas berkenaan.

    "Dulu, sampah dikutip tiga kali seminggu. Kini nampak lori kutip sampah sekali seminggu pun sudah kira nasib baik.

    "Dalam minggu kebelakangan ini, pengutipan sampah domestik sudah tidak konsisten," kata Ida.

    Menurut Ida, dan juga penduduk lain Bandar Tasik Puteri, langkah kerajaan Selangor mengambil alih kerja kutip sampah nampaknya mendatangkan pelbagai masalah.

    Seorang penduduk lain, Abdul Rahim Abdul Hamid berkata, beliau terpaksa membuang sendiri sampah di rumahnya kerana beliau tidak terlalu mengharapkan lori kutip sampah muncul seperti biasa.

    "Sekarang, lori kutip sampah hanya datang sekali seminggu. Ada masanya selama berminggu-minggu sampah tidak dikutip," keluh beliau.

    Masalah Kesihatan.

    Seorang penduduk lain, pengamal perubatan yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Amin berkata, jika sampah tidak diuruskan dengan baik terutama yang mengandungi najis seperti lampin pakai buang serta bahan buangan cecair dari isi rumah, pelbagai masalah kesihatan boleh berlaku.

    "Sampah yang tidak dikutip boleh menyebabkan penyakit merebak. Sampahbertaburan boleh menjemput tikus, lalat serta haiwan lain yang membantu tersebarnya penyakit," jelas beliau.

    Biasanya bahan buangan yang basah akan mereput dan mengeluarkan bau yang sangat busuk.

    Katanya, pihak berkuasa tempatan perlu betul-betul bersedia bila diperlukan mengambil alih tugas mengutip dan mengurus sampah. Mereka juga harus berupaya menjangkakan masalah yang akan timbul.

    "Isu ini (sampah tidak dikutip) menyebabkan keadaan sekitar kotor dan boleh menimbulkan pelbagai penyakit," tambah beliau.

    Tidak Baik Bagi Perniagaan

    Seorang tuan punya restoran di Zon Perniagaan Lembah Hijau, di kawasanperumahan itu, memberitahu bahawa sampah yang bertimbun dan tidak dikutip telahmengganggu perniagaan beliau.

    "Terdapat tong sampah yang besar dekat restoran saya. Dulu lori dan pekeja Alam Flora datang dan kutip sampah tapi kini tidak lagi. Kebelakangan ini sampah mula menimbun dan menerbitkan bau busuk. Ramai pelanggan enggan datang ke restoran saya.

    "Siapa yang ada selera nak makan kalau ada bau busuk," katanya.

    Isu dan masalah sampah yang tidak dikutip turut dilaporkan media berlaku di kawasan lain di negeri Selangor.
    -Bernama

    Pembaca boleh nilai sendiri bagaimana prestasi Elizabeth Wong sebagai Exco Alam Sekitar.



    Dia boleh sibuk memikirkan hal LYNAS sedangkan keadaan alam sekitar di Selangor begitu meruncing. Kalau begini cara Elizabeth Wong, eloklah dia bertanding di Pahang.

    Rakyat Selangor tak perlu orang yang hanya prihatin semasa pilihan raya sahaja.

    *Dulu Elizabeth Wong ni nak berenti dari politik, muslimat PAS sampai nangis-nangis pertahankan dia. Terimalah akibatnya. Exco yang bermasalah, ada skandal dan tak perform dikekalkan. Dr. Hasan Ali yang berjaya pertahankan Islam dipecat. Adil ke macam tu?

    4 comments:

    Cinta_damai berkata...

    KEADILAN BAGI PAS, PKR DAN DAP!

    PENGANIAYAAN BAGI RAKYAT DAN NEGARA!

    ajai62 berkata...

    Assalam Bro

    Memang mereka yang mentadbir Selangor sekarang ni terdiri dari sampah2 sarap dan sisa-sisa buangan yang kalau di recycle semula pun akan gagal menlaksanakan amanah rakyat untuk memerintah...

    MymassaVoice berkata...

    Ajai62...setuju sangat2

    Tanpa Nama berkata...

    Post ni caca merba tanpa fakta kukuh, semuanya berdasarkan emosi. Ala-ala tabloid

    Catat Ulasan

    Catatan Terkini

     
    Powered by : Blogger