Sebelum ini janji untuk laksana pentadbiran teluslah, isytihar hartalah. Tup tup hari ini umum pula Haron Din akan ketuai khawarij PAS untuk menawan Perlis pada PRU akan datang.
Tapi satu perkara yang agak pelik adalah, pengumuman tersebut bukan dibuat oleh tuan punya badan. Propa pun dibuat berlebih-lebih dengan dakwaan bahawa rakyat kini sanggup menderma ribuan ringgit kepada PAS setiap hari demi untuk menumbangkan BN.
Pada kami, ini taktik terdesak daripada PAS setelah melihat mood rakyat pasca kunjungan YAB PM tempohari. Mereka merasakan peluang semakin kelam buat mereka di Perlis. Sebab itu mereka terpaksa kembali menjaja nama-nama ulama' terkenal seperti Dr Haron Din walaupun PAS kini hanya memperjuangkan adat dan sosial sahaja.
Silap haribulan, Haron Din bertanding bawah tiket BN pula. Yalah, sekarang ini pun beliau lebih banyak berdiam diri daripada berkempen untuk PAS. Mungkin sedih agaknya mengenangkan nasib golongan ulama' sepertinya yang kini hanya dijadikan kuda tunggangan DAP!



3 comments:
relevan lagi ker harron din nie,duk diam mcm tunggul kayu jer dlm PAS,apa reaksi beliau tentang Anwar sokong israel tentang isu Hassan ali,ape guna jwtn tim musyidul PAS kalau kebenaran pun takut nak tegakkan..PRU pun tewas masih nak letak lagi ke beliau nie,mmg pas ketandusan kepimpinan ulama guna yang tua2 jd calon,yang muda semua pro anuwarinas
Perlu difaham.. ada pemimpin didalam PAS lebih merupakan maskot parti tersebut spt Ismail Kamus, Ust Haron Din Lebai Nik Aziz dll. Mereka ini menjadi lambang 'islam'nya PAS walaupun mereka sendiri telah mengingkari untuk laksana hudud. Ada lagi saki-baki orang2 kampung yang percaya PAS tu Islam dan Islam tu PAS jika mereka ini masih berada didlm PAS.
sebenarnya dah lama Dr Haron Din ini dianaktirikan dalam Pas, banyak statement dia yang Harakah tak siarkan, sebenarnya Tg Harun Din ni lebih alim dari Nik Aziz, tapi Nik Aziz adalah pelakon (musang berbulu ulamak) yang hebat?.. majlis syura jadi hambar kerana monopoli Nik Aziz, macam majlis syura tu bapak dia punya...
Dr Haron din hanya jd alat dalam Pas untuk menunjukkan ia Parti Islam, tapi demo tak pakai pun nasihat beliau...
saya nasihatkan Dr Haron din, tinggalkan lah Pas... jangan lagi bersyubahat dengan kemungkaran, Pas bukan lagi Jamaah Islamiyah, bahkan Pas mula sesat dan menyesatkan... insaflah...
dr bekas ahli Pas...
Catat Ulasan