LKY & LGE SAMBIL TERSENYUM AGAKNYA BERKATA :
"AKHIRNYA KITA BERJAYA ROSAKKAN PARTI ADAT & SOSIAL"
MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat. Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat. “Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya. (Ayat bendera putih,atau ayat kecewa kerana pelbagai peristiwa yang bertentangan dengan prinsipnya sendiri seperti pemecatan Dr Hassan ALi, kemelut dengan YB Nasharudin, kegagalan UG, politik kotor DSAI dsbnya).
Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.( Ayat ini bermaksud ayat kos melepas dalam ekonomi, maknanya ayat melepaskan diri, tidak hendak lagi terlibat dengan politik kotor PR (yakni DSAI), Presiden PAS mahu membetulkan semula Aqidah ahli-ahli PAS yang didamage habis oleh DAP & PKR.)
Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13 nanti. (Ayat ini adalah ayat tawar hati atau disebut sebagai ayat berdolak-dalih, atau disebut sebagai ayat geram bercampur sedikit marah.)
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif ketika ditemui di rumahnya selepas menyampaikan ceramah di Masjid Rusila, Marang, di sini.
“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya yang menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau sebaliknya. (Ayat ini membuktikan Presiden PAS Tidak Mahu Terlibat Dengan Politik Kotor PAS yang kini dikotori oleh PKR & DAP). Ramai tidak faham, sepertimana Mymassa katakan selama ini bahawa Suara Dr. Hassan Ali dan YB Nasharudin adalah Suara Presiden PAS. Datuk Ismail Kamus juga sudah tidfak mahu terlibat dengan politik)
Beliau menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh membantu membawa hala tuju parti pada masa depan.( Ayat ini menunjukkan Presiden PAS sudah tidak mahu bersekongkol dengan Mursyidul Am yang asyik mempertahankan pemimpin kotor Anwar Ibrahim (meminjam kata-kata Dato Dr. Hassan ALi)
Katanya, pembabitannya dalam politik sezaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Pak Lah) sampailah kini. “Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi Naib Presiden dalam usia 30-an, sudah terlalu lama,” katanya. (Ayat ini adalah ayat orang tua merajuk ataupun ayat orang tua marah. Semasa Tun Mahathir hendak meletak jawatan, ayat yang sama juga digunakan iaitu dah lama dah, dah lama dah, Hari ini Presiden PAS pula menggunakannya).
Sementara itu, beliau turut menolak desas-desus anaknya Mohammad Khalil Abdul Hadi, 30an, bakal dicalonkan dalam PRU13.
“Biar dia jadi ahli biasa buat masa ini,” katanya.
Mymassa telah meramal perkara ini akan berlaku di sini
http://mymassa.blogspot.com/2012/01/persediaan-haji-hadi-tubuh-parti.html
Mymassa telah menulis keegoan Mursyidul Am di sini
http://mymassa.blogspot.com/2012/01/jika-tidak-mahu-dipecat-jangan-tegur.htm
Perhatikan artikel mymassa di sini juga
http://mymassa.blogspot.com/2012/01/semacam-presiden-pas-akan-dipecat.html
Semua berkaitan di sini
http://mymassa.blogspot.com/2012/01/hassan-ali-tetap-bertuankan-hj-hadi.html
Ada kaitan juga
http://mymassa.blogspot.com/2012/01/rahsia-kenapa-presiden-pas-tidak-cadang.html
Berkaitan juga
http://mymassa.blogspot.com/2012/01/arkitek-united-government-selar.html
Kami sangat yakin pergaduhan besar yang berselerak di dalam PAS hari ini antara
Mursyidul Am VS Presiden PAS,
Kumpulan Ulama VS kumpulan Erdogan(Husam)
Kumpulan Haji Hadi VS Kumpulan KHalid Gereja(Syiah)





1 comments:
hai nak layan KERENAH 3 orang BINI lagi, kerenah RAKYAT LAGI, kerenah parti LAGI TOBAT TOBAT LAH.
Catat Ulasan