Jawapan Duta Palestin mengenai kenyataan Anwar Ibrahim kepada Wall Street Journal.
Kenyataan Anwar mengenai Israel mengejutkan - Duta Palestin
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.
"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abughoush berkata, oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.
"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.
"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” katanya. — BERNAMA
Apa lagi hujah Anwar nak guna lepas ni. Guna hujah recycle la. Ini semua kerja UMNO. Duta Palestin pun UMNO dah beli.
Guna hujah macam tu confirm pencacai dan balaci Anwar Ibrahim akan percaya. Lepas ni Duta Palestin pun anak Nik Aziz dah tak percaya sebab fitnah Anwar.
*Hanya yang bodoh dan bengap je masih sokong Anwar Ibrahim dan minum 'kencing'nya, termasuk Nik Abduh.




2 comments:
Tengok laa nanti...; akan ada sahaja jawapan 'belit' dari alJuburi...
Saya lebih rela UMNO beli Duta Palestin drpd Amerika, Israel & sekutu mereka beli Anwar yg seterusnya menggadai hancurkan negara, ugama , bangsa Melayu dan Raja2 Melayu. Inilah agenda laknat2 kafir khususnya mereka yang didalam DAP dgn sokongan puak2 saperti Ambiga dll. Inilah yg tidak disedari oleh parasit2 berbangsa Melayu beragama Islam dalam PAS, PKR & DAP.
Catat Ulasan