Semalam MyMassa membangkitkan isu yang sama iaitu judi di Pulau Pinang (http://mymassa.blogspot.com/2012/01/kerajaan-dap-dan-judi-haram-memang-tak.html).
Hari ini MyMassa jumpa berita yang sama. Lagi judi skala KASINO di Pulau Pinang.
![]() |
| Judi...judi....judi. Pulau Pinang Jadi Hub Judi Antarabangsa Lepas DAP Perintah. |
Negeri PAKATAN RAKYAT larang judi bolahttp://dapmalaysia.org/english/2010/may10/bul/bul4185.htm
DAP Perak menegaskan bahawa 4 negeri kerajaan PAKATAN RAKYAT, iaitu Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor telah membuat keputusan muktamad menghalang aktiviti perjudian bola yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang mempunyai kaitan rapat dengan Berjaya Corporation. Kerajaan Tempatan termasuk Majlis Perbandaran Petaling Jaya juga telah memutuskan supaya tidak akan membenarkan sebarang lesen dikeluarkan kepada mana-mana pihak untuk bangunan mereka dijadikan pusat judi bola.
Adalah dijangka jika perjudian bola dihalalkan, jumlah wang judi yang akan dikutip adalah dianggarkan sebanyak RM9 bilion setiap tahun, kegiatan sedemikian akan memberi impak negatif yang besar kepada masyarakat dan membawa kesan sampingan yang buruk kepada keluarga khususnya kepada generasi remaja yang merupakan harapan negara.
Sekarang judi bola sepak, barangkali waktu depan judi badminton, judi hoki, judi tennis semua boleh judi, bayangkanlah akibatnya.
Ironinya, Pulau Pinang menjadi pusat perjudian bola sepak tidak berlesen terbesar di Malaysia ketika itu.
Jika benar DAP benci judi kenapa negeri sendiri menjadi lubuk judi tidak berlesen? Tidakkah mereka sebagai Kerajaan Negeri boleh menyita mana-mana premis perjudian tidak berlesen?
Jika benar DAP benci judi kerana warga miskin Pulau Pinang termasuk yang muslim diberi wang ehsan menggunakan sumbangan syarikat judi?
Jika benar DAP benci judi kenapa mereka mengambil tindakan terhadap ahlinya yang membantah perjudian di Shah Alam?
Itulah OPERA / WAYANG CINA paling hebat dipersembahkan oleh DAP kepada PAS. PAS pula menyaksikan lakonan DAP dengan penuh penghayatan. Apa yang dipersembahkan oleh DAP mereka percaya bulat-bulat seperti orang yang terkena nasi kangkang.
Mereka seolah-olah suci tetapi sebenarnya lebih kotor dengan kegiatan UNDERWORLD mereka. Dan dengan duit haram inilah DAP membiayai kewangan parti mereka.
Jika ada pemberi dana haram DAP ini ditangkap dan dibawa ke mahkamah, jangan risau. Banyak peguam-peguam kes jenayah dari DAP sedia menghulurkan bantuan. Jika kes melibatkan ABANG BESAR, maka ABANG BESAR mereka (Karpal Singh) yang akan turun membela penjenayah. Beginilah sistem barter yang diamalkan oleh DAP selama ini. Mereka masuk dalam Majlis Peguam seolah-olah pejuang KEADILAN tetapi dalam masa yang sama mereka membela PENJENAYAH seolah-olah JENAYAH yang telah dilakukan tiada apa-apa kesannya kepada mangsa atau masyarakat.
Kepada pembaca MyMassa, jangan lupa - ingat DAP....ingat peguam. Ingat peguam....ingat penjenayah.
*Penjenayah dan pemimpin DAP bagai aur dengan tebing.








0 comments:
Catat Ulasan