Namewee Mencicit Ke Taiwan Dengan Kemunculan Mamat Melayu Ni.

Posted on
  • Sabtu, 14 Januari 2012
  • by
  • MymassaVoice
  • in
  • Namewee dah ada pencabar.



    Sebelum ni sibuk orang cakap pasal Namewee punya video 'kreatif'. Golongan yang sokong dia cakap yang cakap macam tu.



    Bagi MyMassa, video yang dihasilkan oleh Namewee tak sekreatif mana. Kontroversinya melebihi prestasi Namewee yang sebenar.

    Tapi cuba korang tengok Mamat Melayu ni. Tak memerlukan provokasi yang melampau seperti Namewee. Tak perlu gambar-gambar yang menghina kaum lain seperti Namewee. Dia dan lakonannya cukup untuk audiens memahami mesej yang ingin disampaikan.



    Bukan Anwar Hadi seorang. Kyo propaganda juga merupakan bakat anak muda Melayu yang mampu mengarahkan klip pendek untuk mengulas sesuatu isu.



    Walaupun Kyo pernah mengeluarkan video PANGLIMA LUDAH yang digunakan oleh geng ADAM ADLI untuk menyerang Kerajaan, tetapi hakikatnya anak muda yang berfikiran kritis memang tidak berpartisan.

    MyMassa berharap artikel kali ini boleh membuka mata pihak atasan yang sebelum ini ada berjumpa atau berhubung dengan Namewee supaya mendekati anak muda yang kreatif ini. Mereka mampu menghasilkan video yang SUPER KREATIF dengan mengulas isu-isu semasa. Cuma anak-anak muda ini perlu didekati dan diberikan maklumat yang sebenar dan secukupnya. Cukuplah kita terlepas untuk berhubung dengan MatLutfhi sehingga di hijack oleh PAS.

    Geng anak muda ini perlu didekati dengan berhemah. Tak perlu mengarah atau membayar mahupun membeli mereka. Cukuplah dengan memberikan peluang dan sentiasa berhubung dengan mereka sentiasa. Jika kalau ada geran-geran penerbitan video pendek, cuba-cubalah beri peluang kepada mereka.


    *Maklumat untuk pembaca MyMassa. Kaedah yang sama digunakan oleh Anwar Ibrahim. Anwar telah turun padang dan berjumpa dengan pelajar IPTA/IPTS dalam kumpulan yang kecil. Sebab itulah geng-geng ini kuat menyokong Anwar. Berbeza dengan pemimpin kita yang masih guna cara lama. Nak jumpa anak muda mesti ada majlis besar. Mesti ada ucapan. Bajet pun tinggi. Cukuplah dengan santai kedai kopi. Bajet pun kecik tetapi kesannya lebih mendalam.

    0 comments:

    Catat Ulasan

    Catatan Terkini

     
    Powered by : Blogger