Kami percaya punca kelewatan Khairul Fahmi (Apek) untuk menghadirkan diri ke latihan skuad olimpik baru-baru ini ada kaitan dengan rumah banglo barunya. Menurut sumber-sumber yang rapat dengan Apek, beliau menghadapi kesukaran mencari kunci rumahnya untuk membuka pintu ketika sudah siap sedia ke lapangan terbang.
Kunci tersebut yang sebesar badannya secara tiba-tiba hilang dipercayai kerana sikap ketidak ikhlasan pemberinya yang juga Menteri Besar Kelantan kerana benar-benar mengharapkan agar Apek turut mengumumkan penyertaannya ke dalam parti politiknya selepas itu. Namun sehingga kini, Apek masih lagi tidak menyatakan secara jelas pendirian politiknya kepada sesiapa juga.
Perkara ini telah dapat dihidu semenjak ketika hari Apek diberikan kunci lagi. Rumah banglo yang dihadiahkan kepada Apek dikatakan dibina oleh Kerajaan Negeri tetapi yang menyerahkannya walaupun memegang jawatan MB, tetapi tetap mengenakan logo parti pada majlis penyerahan. Malahan replika kunci rumah juga direka sebegitu rupa agar menyerupai logo partinya.
Apek yang masih kebingungan kini cuba mendapatkan pertolongan Datuk Harun Din dan Dr Hasan Ali bagi mengubatkan kesesatan yang menimpa dirinya. Beliau khuatir bahana yang menimpa Terengganu pada perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lalu tidak berulang kepada dirinya pula.
Diharap beliau pulih sepenuhnya dan dapat beraksi dengan sebaiknya pada perlawanan pra-Olimpik seterusnya.
Jom kita dengar sendiri apa kata Apek mengenai misteri yang menimpa dirinya ini.
*Kepada peminat Apek: MyMassa cuma berlawok sahaja... hehehe





2 comments:
Saya suka artikel ini :-)
ehem ... misteri ... misteri...
dia beri ada makna tu
Catat Ulasan