Majlis Peguam Dimalukan Oleh Media Asing.

Posted on
  • Isnin, 16 Januari 2012
  • by
  • MymassaVoice
  • in

  • Komen bapa kepada Saiful Bukhari.


    Bapa Saiful kecewa pendirian Majlis Peguam
    RUZY ADILA IDRIS
    January 11, 2012
    Saiful Bukhari
    KUALA LUMPUR - Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

    Beliau berpendapat tindakan itu sebagai satu langkah menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia.

    Katanya, Majlis Peguam seharusnya bersikap neutral dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.

    "Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia atau hanya pendirian individu-individu tertentu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?"

    "Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah bantah tertuduh dalam dalam kes ini yang ikut rekod telah kemukakan rayuan atau permohonan sebanyak 36 kali?

    "Ini baru pertama kali pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah dihalang," katanya pada satu sidang media, di rumahnya di Bandar Utama petang ini.

    Beliau mempersoalkan mengapa berlaku 'double standard' dan adakah kerana anaknya seorang insan kerdil, bukannya seorang VIP, ahli politik sehinggakan haknya dinafikan begitu sahaja.

    "Demi anak saya, saya merayu agar-agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan.

    Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.

    "Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat panegadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah beliau juga seluruh keluarga saya," katanya.

    Kelmarin, Majlis Peguam menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Anwar.

    Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

    Cuba lihat apa yang ditanya oleh pemberita BBC ini kepada Anwar dengan menyebut Saiful sebagai REAL PEOPLE dan Anwar menggunakan pengaruhnya dalam kes ini untuk dapatkan sokongan. (minit 3:37)



    Akibatnya, nada suara Anwar yang sebelum ini perlahan tiba-tiba meninggi!!

    *Orang luar pun tahu bahawa Anwar memang peliwat dan pembelit. Soalan-soalan dari BBC sememangnya memerangkap Anwar. Bagi MyMassa, jawapan Anwar memang merapu dan tak jawab soalan. Majlis Peguam @ Bar Council perlu tukar nama kepada BARua Council sebab BIAS terhadap Saiful dan keluarganya.

    6 comments:

    Tanpa Nama berkata...

    Kalau Najib bukan PM lagi macam mana nak sokong >

    Tanpa Nama berkata...

    MAJLIS PEGUAM AKAN DITUKAR NAMA KEPADA MAJLIS PUNGKUR...

    Tanpa Nama berkata...

    TAK TAU LAGI KER? SUDAH TERANG LAGI NAK BERSULUH!! Majlis Peguam @ Bar Council@BARUA Konsol dipenuhi oleh sampah2 penyokong pembangkang yang berselindung dengan nama PEGUAM...mereka2 ni adalah barua2 dan anjing yang mengikut arahan dan suruhan tuan mereka di kem pembangkang yang banyak memberi makan dengan kes2 berprofil tinggi.. jadi MASYUK lah poket masing2..jadi bila kena kes Saiful teraniaya, ader sapa2 dari BARUA KONSOL ni nak sokong??? SENDIRI MAU INGAT LAAA...

    jejakazman berkata...

    boikot je majlis peguam tu....pakat keluar ramai2.....tengok sape yg tinggal tulaaa yg sokong aljubri.....ade berani kaaaa....

    SiamangBukit berkata...

    Jom kita organise The Real Bersih. Kali ini kita piket depan Bar(ua) Council.

    Tanpa Nama berkata...

    Ketua sebenar BARua Council ialah pakcik PELIWAT!!!!! Yang lain tu hanya boneka je... dah disuapkan jawatan Menteri, tu yang melalak tak tentu hala. Kalau dengan org dia, suruh buat rayuan walau masih dalam perbicaraan... kalau bukan puak dia, dah habis perbicaraan pun nak merayu disuruh jangan.

    Memang HARAM J macam kata bapok se-Malaya yg tak laku tu.....

    Catat Ulasan

    Catatan Terkini

     
    Powered by : Blogger