Pembangkang kan suka salahkan orang lain.
Adakah masalah ini pun salah BN / UMNO?
Konvensyen Pakatan Rakyat Bermula Hambarhttp://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/1/14/mstar_berita/20120114101148&sec=mstar_berita
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
ALOR SETAR: Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 bermula dengan sambutanhambar apabila sebahagian besar kerusi perwakilan yang disediakan diruang utama Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti disini kosong.
Sehingga hampir pukul 10 pagi iaitu selepas sejam majlis bermula, kelihatan hanya kira-kira 1,200 perwakilan memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan kepada lebih 2,000 perwakilan.
Turut kosong kerusi dibahagian pemerhati yang hanya dipenuhi kira-kira 400 orang.
Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar mensasarkan kehadiran lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati pada konvensyen kali ini.
Konvensyen yang bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Pemuda Pakatan Rakyat.
Antara pimpinan komponen pembangkang yang hadir ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; NaibPresiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.
Siapa kata rakyat semakin suka pada pembangkang? Majoriti rakyat sekarang ni berada di persimpangan delima sama ada memilih BN atau pembangkang.
Bayangkan ketika hari 901 (keputusan kes liwat Anwar) pun pembangkang terpaksa import penyokong dari seluruh negara sampai bagi duit kopi RM50 seorang.
![]() |
| Bas dari Kedah yang berkampung di Masjid Wilayah |
Tak cukup dengan itu, budak kecik pun jadi mangsa kerakusan politik pembangkang.
Yang lebih menyedihkan, pekerja asing pun diimport jugak. Siapa kata pembangkang takde pengundi hantu warga asing.
![]() |
| Siap pegang topeng Anwar atas arahan penganjur |
Kesimpulannya, rakyat sekarang masih belum buat keputusan siapa yang akan mereka pilih dalam PRU 13. Siapa yang lebih prihatin akan dapat sokongan rakyat. FEEL GOOD FACTOR yang dirasai oleh rakyat akan menentukan sama ada BN kekal atau pembangkang yang menang.
*Macam mana pula dengan penjawat awam sekarang ni. Adakah mereka rasa FEEL GOOD FACTOR dalam SBPA? Jangan lupa undi atas pagar penentu kemenangan PRU 13.








6 comments:
memang salah UMNO sebab umno tak arahkan kakitangan kerajaan hadir....umno tak bagi bas free....umno tak bagi nasi beriani....umno tak jemput artis.....
pengundi tidak berparti spt aku setakat ini rasa ada sedikit feel good dah..
cuma yang pasti feel not good kat pakatan rakyat. tak habis2 nak cetus isu. bila le nak jadi pembangkang yang berkualiti? sekian
pakatan pembangkang BODOH...Ulangi BODOH... terasa diri bagus sangat..tapi apa yang dibuat untuk rakyat???... hampeh...untuk Anuargay semua boleh sanggup bermampus pun takpe...untuk rakyat??? mampus lah korang minum air keladak dan hidup dan tidurlah korang dalam bau busuk sampah!!!
sepanjang UMNO/BN memerintah negara tidak pernah UMNO melakukan konspirasi untuk menjatuhkan parti lawan. Dalam parti UMNO adalah sampai kes bunuh orang pasal politik. Tapi sejak Anuar keluar dari UMNO baru pulak dengar perkataan konspirasi yang tak pernah didengar orang. Sebenarnya dialah bapak konspirasi, sebab dalam otaknya penuh dengan perancangan dan agenda untuk menjadi PM dan menaikkan kronik-kroniknya. Kalau dalam Pakatan Rakyat tak jelas perjuangannya macam mana nak memerintah negara ini huru hara dibuatnya. Satu yang ditakutkan berlaku kegawatan ekonomi semula seperti tahun 1998.... Siapa Menteri Kewangannya... Semoga allah menlindungi negara malaysia, dan hanya pemimpin yang layak sahaja menjadi PM. Kepada pemimpin-pemimpin yang bertanding ukur baju dari badan sendiri.... Tanya diri tu layak ke aku jadi pemimpin. Ini amanah dan akan disoal diakhirat nanti.
Tanda2 nak berkubur tanpa batu nisan la tu.. pasni kalau PRU jgn kata ada penghuni hantu plak ye..
tgk ni .. ceramah sempena konvensyen pakatan.. lagi x dpt smbutan..
http://duniacacamarba.blogspot.com/2012/01/gambar-konvensyen-pakatan-rakyat-ke-3.html
hahaha
Catat Ulasan