JURULATIH CHINA KATA MEREKA SUDAH TUA, TAPI BAM NAK PAKAI JUGA
http://www.hmetro.com.my/articles/2012011801132720120118011327/Article
KOO Kien Keat-Tan Boon Heong mendapat restu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk meneruskan rentak kekalahan pada setiap kejohanan yang disertai menjelang Sukan Olimpik kerana menurut Pasukan Prestasi Tinggi (HPT), penyertaan di setiap kejohanan semata-mata untuk memberikan gandingan itu ‘feeling’ terhadap sesuatu pertandingan. Setiausaha Kehormat BAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T), Ng Chin Chai berkata, Kien Keat-Boon Heong hanya diletakkan sasaran untuk menyerlah di Sukan Olimpik.“Untuk Kien Keat-Boon Heong, kami tak kisah mereka menang atau kalah. Kami tidak peduli di mana ranking mereka selepas ini kerana sasaran mereka adalah di Sukan Olimpik nanti,” kata Chin Chai yang juga Pengerusi HPT selepas mengadakan pertemuan dengan dua jurulatih beregu lelaki Tan Kim Her dan Pang Cheh Chang serta Kien Keat-Boon Heong.
“Dalam tempoh lima bulan akan datang, kami tidak kisah mereka menang Seluruh England atau tidak kerana keutamaan kami hanyalah Olimpik.
“Kejohanan yang mereka sertai hanyalah sebahagian daripada program latihan. Dalam waktu latihan pula kita akan cuba tingkatkan kepantasan pergerakan dan juga kekuatan gandingan ini, “Kita harap dalam baki enam bulan akan melihat Kien Keat-Boon Heong yang berbeza, yang boleh mencabar perebutan pingat Olimpik.” Pelik juga pendekatan BAM menerusi hasil yang dibentangkan HPT iaitu Chin Chai, Datuk James Selvaraj dan Leftenan Kolonel (B) Wong Ah Jit semalam.
Tidak dinafikan selama ini sasaran utama yang diletakkan adalah pingat emas Sukan Olimpik namun ketika ditanya apakah penanda aras yang boleh menyatakan gandingan itu menunjukkan peningkatan, Ah Jit sekadar memberi jawapan sains sukan akan membuktikannya.
“Kita tak perlukan keputusan kejohanan untuk menunjukkan kemajuan kerana setiap bulan kita akan adakan ujian sains sukan iaitu ujian fizikal membabitkan tindak balas pemain. Malah kami di Institut Sukan Negara (ISN) akan mendapatkan maklum balas daripada jurulatih mengenai pergerakan dan julat masa ketahanan pemain sewaktu menjalani latihan,” kata Ah Jit.
“Kita lihat apa yang berlaku pada Lin Dan, dia menghilang selama dua bulan sebelum Olimpik 2008 dan muncul dengan kejuaraan.” Seorang lagi orang kuat BAM, Kenny Goh yang tidak berada dalam HPT sibuk mencelah, menghentikan persoalan daripada terjawab sepenuhnya dengan menganggap media akan mendedahkan ‘rahsia’ mereka kepada negara lain.
“Kita tidak boleh mendedahkan strategi, itu tidak penting kerana yang lebih penting hasilnya nanti. Jika kami dedahkan semuanya nanti negara lain tahu taktik kita,” kata Kenny. Namun taktik apakah yang terlalu dirahsiakan itu? Begitupun Chin Chai memberi jaminan Kien Keat-Boon Heong sedia memberi komitmen terbaik ketika mengikuti latihan dikendalikan tiga jurulatih Kim Her, Cheh Chang dan Yoo Yong-sung dengan program latihan juga akan diubah daripada tiga sesi kepada satu sesi serta semua pemain termasuk gandingan terbabit akan menjalani latihan sama rata.
Namun pandangan Ah Jit mengenai prestasi, keputusan dan sasaran paling menarik perhatian.
“Apa guna jika kita menang, menang dan menang tetapi bila tiba di Olimpik kita kalah. Lebih baik kita kalah dulu tapi menang kemudian,” katanya.
Mungkin beliau lupa yang Datuk Lee Chong Wei tidak menang semua kejohanan disertai pada 2008 dengan hanya meraih dua kejuaraan sebelum Olimpik selain empat, pada 2007, namun dia masih gagal menang emas.
Sekurang-kurangnya Chong Wei pada 2008 beraksi di lapan final berbanding Kien Keat-Boon Heong sejak tahun lalu lebih banyak tersingkir di pusingan pertama dan kedua.
Komen mymassa dalam hal ini mudah sahaja, beri peluang kepada pemain-pemain muda beraksi di pentas dunia. Jangan perap mereka. Sampai bila kita masih bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei yang kini sudah mencecah 29 tahun. Sedikit masa lagi kudratnya akan menurun.
KOO Kien Keat-Tan Boon Heong pula dibiarkan terus bermain walaupun kalah dan kalah. Kemerosotan mereka sudah tentu ada kaitan dengan Komen Jurulatih China bahawa pemain-pemain Malaysia ramai Kuda Tua. Mengapa perap pemain-pemain muda?
APAKAH KERANA DIA MELAYU?
Mymassa berpendapat, jika pemain-pemain di luar BAM memiliki prestasi lebih baik dan sedang meningkat beri mereka peluang. China tidak berharap pada Lin Dan dan Chen Long sahaja, tetapi mereka menyenaraikan lebih pemain pelapis. Di Malaysia kita Zulfadli http://www.ar-rifke.com/2011/11/zulfadli-juara-remaja-dunia-di-taiwan-kejohanan-badminton-remaja-dunia-di-taiwan.html
BAM perlu transform. Selamat membaca.







2 comments:
good artikel, sangat setuju...ask BAM to read this article..
kalau pasang kuda tua tu main aku alih channel lain agak-agak dah habis baru aku tengok team lain main. mereka ni sebenarnya EGO kerana BAM sangat memanjakan mereka.
Catat Ulasan