Kisah sebenar adalah seperti di bawah.
MB dakwa elemen sabotaj dalam kutip sampahMenteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa wujud usaha untuk mensabotaj kerajaan negeri berhubung kutipan sampah di kawasan perumahan.
Abdul Khalid percaya ia diselaras dengan baik oleh sesetengah pihak dan kerajaan negeri mempunyai bukti yang mencukupi berhubung tindakan sedemikian.
"Sebagai contoh, satu senario apabila pihak berkuasa datang dan membersihkan kawasan sampah terbabit, dalam tempoh beberapa jam pihak ini akan memunggah sampah secukupnya untuk mengisi sebuah lori.
"Kerajaan negeri mendapati tindakan tidak bertanggungjawab ini berlaku di kawasan perumahan di bawah bidang kuasa empat pihak berkuasa tempatan di Selangor iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam dan Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Klang dan Subang Jaya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri hari ini.
Abdul Khalid berkata kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan telah memulakan satu inisiatif untuk melancarkan telefon hotline bebas tol bagi menangani masalah sedemikian daripada berulang di negeri ini.
Beliau berkata kerajaan negeri akan mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan supaya memberi hadiah kepada pemberi maklumat yang menyalurkan maklumat mencukupi berhubung tindakan sedemikian melalui hotline itu.
Beliau juga berkata orang ramai boleh menggunakan hotline itu bagi membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan jika mereka mendapati urusan menangani kutipan sampah dan khidmat pengurusan sisa pepejal di kawasan mereka tidak efisien.
- Bernama
Senang betul jadi pakatan pembangkang. Dah jadi Kerajaan pun nak salahkan orang lain.
Kalau dah tak kompeten tu, bagilah peluang kepada orang yang lebih layak memerintah negeri. Takde la jadi macam sekarang ni, semua kelemahan Kerajaan negeri berpunca dari pihak lain. Kononnya ada orang nak sabotaj.
Realitinya rakyat di bawah tahu punca sebenar masalah sampah di Selangor. Semuanya berpunca dari ketamakan PKR memberhentikan kontrak pungutan sampah kepada Alam Flora. Demi memberikan projek pungut sampah kepada kroni mereka.
*Lori kontraktor pungut sampah yang baru semuanya kecik-kecik. Macam mana nak pungut sampah yang berlambak. Itulah puncanya sebenarnya. Logik ke ada orang nak tabur sampah banyak macam ni?

Abdul Khalid percaya ia diselaras dengan baik oleh sesetengah pihak dan kerajaan negeri mempunyai bukti yang mencukupi berhubung tindakan sedemikian.
Beliau berkata kerajaan negeri akan mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan supaya memberi hadiah kepada pemberi maklumat yang menyalurkan maklumat mencukupi berhubung tindakan sedemikian melalui hotline itu.



1 comments:
kontraktor SAMPAH tak angkat sampah.... orang buang sampah yang disalahkan. SUDAH-SUDAH LA MENYALAHKAN PIHAK LAIN.
Catat Ulasan