HASSAN ALI TETAP BERTUANKAN HJ. HADI, (BUKAN PAS) SEBAB PAS DIKUASAI MURSYIDUL & THE ERDOGANS TEAM

Posted on
  • Khamis, 19 Januari 2012
  • by
  • MymassaVoice
  • in
  • MEREKA SATU KAPAL: POLITIK ADALAH SANDIWARA TERBIJAK

    Soalan : Adakah objektif road show Datuk untuk bersihkan Pas daripada parasit-parasit itu?

    HASAN: Tugas saya bukan untuk membersihkan Pas sahaja. Tugas saya adalah untuk memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi. Jika hendak bersihkan Pas, carilah mana-mana orang Pas untuk bersihkan. Lagi pun saya telah terkeluar daripada Pas. Namun tugas saya lebih besar dan hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.

    Sebab itu di dalam road show itu nanti, pertama saya akan menerangkan kepada masyarakat bagaimana institusi dan pertubuhan yang ada tidak mampu mengangkat ketiga-tiga martabat itu (Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu).

    Kedua, saya akan terangkan Pas yang sepatutnya menjadi juara untuk mengangkat martabat itu, saya masukkan dalam kategori gagal kerana pengaruh daripada parasit .

    Ketiga, saya hendak menerangkan, apa pengaruh DAP dan apa pengaruh PKR dalam Pas. Ada teman-teman hendak menulis tentang Anwarisasi dalam Pas maknanya proses ‘menganwarkan’ Pas. Ada pula teman-teman hendak menulis di bawah tajuk Pas kuda tunggangan DAP.

    Saya objektif dan bersandarkan kepada fakta. Sebab itu di dalam road show saya nanti apa yang kita akan bentangkan kepada masyarakat adalah berdasarkan kepada hasil kajian serta analisis yang kita jalankan. Sebab apa saya hendak adakan road show? Sebab ia membolehkan saya bersemuka dengan rakyat pelbagai lapisan di Bangi saya bertemu dengan golongan intelek. Saya boleh bertemu dengan golongan pertengahan di Kuala Selangor. Saya boleh bertemu dengan penduduk kampung di Tanjung Karang. Ini satu tugas yang berat dan bersama-sama saya sudah ada antara 20 hingga 30 orang.

    Soalan : Bagaimana pula tuduhan bahawa Datuk alat dan agenda UMNO ?

    HASAN: Saya mahu membuat pendedahan ketika berlakunya pertemuan di JKR 10 di Kota Bharu, Kelantan pada 27 Disember lalu. Presiden beritahu kami tidak ada dalam Pas, tidak ada dalam undang-undang dan dasar Pas yang melarang orang Pas bertemu dengan UMNO. Jika ada bagaimana gerakan dakwah hendak dilaksanakan. Cukup setakat ini. Di sini saya juga ingin tegaskan bahawa saya tidak akan menyertai UMNO.

    Soalan : Adakah Datuk masih sayangkan Pas dan masih menganggap sebagai ahli Pas?

    HASAN: Sehingga hari ini saya masih menganggap Abdul Hadi sebagai presiden saya dan walaupun saya berada di luar Pas, Nik Aziz masih Mursyidul Am Pas, kekanda saya. Hati besar saya, hati kecil saya masih bersama Pas. Andai ditakdirkan ada jodoh pertemuan saya dengan Pas iaitu apabila parasit-parasit ini sudah tidak ada, bila Pas kembali ke pangkalan asalnya, Hasan Ali akan mengisi borang baru untuk menjadi ahli Pas.

    Soalan : Apa akan berlaku sekiranya parasit-parasit ini masih berada di dalam Pas. Adakah akan berlaku kemusnahan di dalam Pas?

    HASAN: Apa yang pasti selagi mereka berada di dalam Pas maka perjuangan Pas akan terkeluar daripada perjuangan asal. 

    Kesimpulannya mudah, bagi mereka yang cakna kepada bahasa politik Dr Hassan Ali di atas, sebenarnya Dr Hassan Ali masih meneruskan agenda Presiden PAS di dalam kerangka politik partisan. YB Nasharuddin membantu dari belakang. Semua ini adalah percaturan bijak Presiden PAS, mengeluarkan Dr. Hassan kerana jamaah PAS mendesak dia dipecat, tetapi di luar PAS, agenda Presiden PAS lebih mudah dijalankan oleh Dr Hassan Ali dan YB Nasharuddin. Tokoh agama lain yang sealiran seperti Dr Harun Din, Ismail Kamus, Sasterawan Negara Shahnon Ahmad turut menjayakan Misi Mustahil Presiden PAS. 

    Ingin ditegaskan lagi, Presiden PAS hari ini semakin mahir berpolitik. Kalau tidak mahir, tak kan Dr Hasan Ali ditendangnya keluar, kalau kurang mahir tak kan bukan Pesuruhjaya PAS Selangor tidak ditunjuk menjadi Exco Selangor.


    Selamat membaca...

    3 comments:

    Tanpa Nama berkata...

    WOI MYMASSAK HANG ASYIK SERANG PAS APE HAL..SIAL LU

    Nok berkata...

    apa yg ada pada Paspispus lagi????dah tak ada apa....tunggu nak pupus aje...apa hala tuju pas sekarang???? buat keje munafik boleh le...nik aziz adalah salah satu pemimpin yg paling haprak dalam Pas di agong2kan oleh menyokong2nya yg lansung tak ada hala tuju perjuangan......

    kata bijak agama siap dgn hadis dan ayat quran tapi bodoh macam lembu....dah tua nyanyuk nak mampos tapi masih tamak nak pegang kuasa....Dr hassan ali yg memperjuangkan agama islam di singgkir...anuar ibrahim yg terang2 kaki peliwat dan pengzinah di sokong....tak boleh gunakan pancar indra ke ???ini menunjukan kejatuhan parti haprak pas kian hampir....jgn angan2 le nak pi putrajaya...tuhan pun takkan izizkan.....yg di kejar masuk umno yg di kendung pun masuk umno.....tungguuuuu Di PRU13 nanti.....

    pukimaq berkata...

    Aku sama sekali tetap dengan pendirianku untuk tidak berasa walaupun dikutuk kerana menjadi seorang homo cun.

    Catat Ulasan

    Catatan Terkini

     
    Powered by : Blogger