Penjelasan isu Hindraf Tahun 2006 - Bahagian 4.
10. Benarkah kaum India dipinggirkan oleh Kerajaan dalam bidang pendidikan di Malaysia?
· Dakwaan HINDRAF bahawa Kerajaan meminggir dan mengabaikan pendidikan kepada kaum India adalah tidak benar sama sekali. Bagi memastikan kaum India menerima pendidikan secara berterusan, Kerajaan tetap mengekalkan SJKT walaupun pada tahun 2005, sebanyak 329 buah sekolah atau 62.6 peratus daripada 523 SJKT mempunyai murid kurang daripada 150 orang. Jadual 14 dirujuk.
Jadual 14: Bilangan Sekolah, Kemasukan Pelajar, Guru, Bukan Guru dan Kelas Mengikut Negeri di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) pada Januari 2007
Negeri | Sekolah | Kemasukan Pelajar | Guru | Bukan Guru | Kelas |
Perak | 134 | 18078 | 1350 | 365 | 956 |
Selangor | 97 | 33336 | 1961 | 312 | 1133 |
Pahang | 37 | 4157 | 346 | 77 | 257 |
Kelantan | 1 | 25 | 6 | 3 | 6 |
Johor | 70 | 14095 | 1001 | 173 | 667 |
Kedah | 58 | 11131 | 745 | 166 | 498 |
WP Labuan | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
Melaka | 21 | 3416 | 247 | 47 | 155 |
Negeri Sembilan | 61 | 10974 | 786 | 172 | 486 |
Pulau Pinang | 28 | 6546 | 426 | 116 | 242 |
Perlis | 1 | 145 | 11 | 6 | 7 |
Terengganu | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
WP Kuala Lumpur | 15 | 3715 | 247 | 66 | 136 |
Sabah | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
Sarawak | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
WP Putrajaya | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
Jumlah | 523 | 105618 | 7126 | 1503 | 4543 |
· Berdasarkan Perkara 152, Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan boleh mempertahan dan memelihara penggunaan dan pengajian bahasa ibunda kaum-kaum di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan tidak terbeban untuk memberi bantuan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (SJK).
· Di samping itu, berdasarkan RMK-9 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, pengajian bahasa Cina dan Tamil diperluas ke Sekolah Kebangsaan (SK) yang bertujuan memantapkan SK dan menjadi sekolah pilihan pelbagai kaum sebagai institusi integrasi nasional terawal. Bagi memulakan pelan pembangunan ini, sebanyak 70 buah SK dipilih sebagai sekolah perintis untuk mata pelajaran Bahasa Tamil.
· Institusi-institusi pengajian tinggi, melalui RMK-9 akan menawarkan pengajian bahasa seperti bahasa Mandarin, Tamil, Arab dan bahasa-bahasa lain bagi menggalakkan kepelbagaian kemahiran berbahasa untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih kompetitif di peringkat dunia.
· Seramai 362 remaja India mendapat peluang untuk mengikuti latihan kemahiran di Pusat Giatmara di seluruh negara dari tahun 2005 hingga Januari 2006. Jadual 15 dirujuk.
Jadual 15: Pengambilan Pelajar Giatmara
Pengambilan | Bilangan Pelatih India |
Januari 2005 | 166 |
Julai 2005 | 96 |
Januari 2006 | 100 |
Jumlah | 362 |
· Di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sebanyak 221 tempat telah ditawarkan kepada pelajar-pelajar India pada tahun 2005 sehingga 2006. Jumlah ini tidak termasuk bilangan pelajar bukan Bumiputera yang telah menamatkan pengajian mereka di MRSM sebelum ini.
*Sebar-sebarkan. Apa sebenarnya yang berlaku adalah pemimpin HINDRAF menipu orang India untuk menaiki tangga parti politik seterusnya menjadi wakil rakyat. Lihatlah beberapa wakil rakyat pembangkang yang naik menggunakan isu HINDRAF antaranya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan ADUN Selangor, M. Manoharan. Selepas mereka menang, mereka tidak lagi memperjuangkan isu kaum India. Kaum India di Selangor dan Penang masih ditakuk lama, sama seperti semasa BN memerintah. Entah apa perubahan yang pemimpin HINDRAF ni buat pun kita tak tahu.





2 comments:
Ape bana kamu ni
nak bicang apa.. Pertubuhan HARAM
jangan nak cakap lagi
Selangor
Anda kata haram.
Tetapi puak PKR dan PAS halalkannya.
Artikel ini untuk beri maklumat kepada mana-mana pihak yang nak berhujah dengan geng yang halalkan HINDRAF.
Catat Ulasan