Penjelasan isu Hindraf Tahun 2006 - Bahagian 1.
1. Apa itu HINDRAF?
· Hindu Rights Action Force (HINDRAF) adalah sebuah pertubuhan pelampau India yang berdaftar sebagai syarikat yang beralamat di No. 135-3-A, Jalan Toman 7, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan. Ia ditubuhkan pada Disember 2005 oleh sekumpulan peguam berbangsa India.
· Antara tindakan utama kumpulan ini adalah memberi secara percuma khidmat guaman kepada balu mendiang M. Moorthy @ Muhammad bin Abdullah bagi menuntut jenazah beliau daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
· Kes-kes lain yang diperjuangkan HINDRAF termasuklah:
LINA JOY @ AZALINA JAILANI bagi kes permohonan beliau bagi gugur perkataan Islam dari MyKad;
SHAMALA a/p SATHIYASEELAN bagi kes beliau yang menuntut hak penjagaan anak dan menghalang bekas suami menukar agama anaknya;
RAYAPPAN a/l ANTHONY bagi kes tuntutan gantirugi keluarga beliau ke atas Majlis Agama Islam Selangor (MAIS); dan
SUBHASHINI a/p RAJASINGAM bagi kes tuntutan hak penjagaan anak dan menghalang anak ditukar ke agama Islam serta mendesak status perkahwinan mereka ditentukan oleh Mahkamah Sivil.
· Prinsip perjuangan HINDRAF juga mirip kepada perjuangan Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) – National Volunteer Corps iaitu sebuah pertubuhan pelampau Hindu di India. RSS juga terlibat dalam pembunuhan Mahatma Gandhi pada 1948 serta genosid di Gujerat pada 2002. Penglibatan HINDRAF dalam kumpulan ini adalah melalui SEWA International iaitu salah satu sayap RSS.
2. Siapakah penggerak utama HINDRAF?
· Bagi mengelakkan daripada berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kumpulan ini dengan sengaja tidak mewujudkan struktur organisasi yang tersusun. Ia digerakkan oleh individu-individu berikut:
Waytha Moorthy a/l Ponnusamy, Pengerusi HINDRAF – peguam, 41 tahun;
Uthaya Kumar a/l Ponnusamy, AJK/Penasihat Undang-Undang HINDRAF – peguam, 46 tahun;
Manoharan a/l Malayalam, AJK/Penasihat Undang-undang HINDRAF - peguam, 46 tahun;
Ganabatirau a/l Veraman, AJK/Penasihat Undang-undang HINDRAF – peguam,34 tahun;
Kengadharan a/l Ramasamy, AJK/Penasihat Undang-undang HINDRAF – peguam, 40 tahun; dan
Vasantha Kumar a/l Krishnan, AJK/Penasihat Undang-undang HINDRAF – pegawai bank, 34 tahun.
3. Siapa penyokong HINDRAF?
· Pertubuhan-pertubuhan yang menyokong HINDRAF (penyertaan atas dasar peribadi dan tidak melibatkan pertubuhan terbabit)
Malaysian Indian Youth Club (MIYC);
Bekas-bekas ahli MIC;
Ahli-ahli MIC yang menyokong Datuk S. Subramanian;
National Union Of Plantation Workers (NUPW);
Alaigal Sdn. Bhd;
Biro Komuniti India PKR;
DAP (Komuniti India);
Parti Sosialis Malaysia (PSM)
· Bagi mendapatkan sokongan antarabangsa, HINDRAF telah:
mengadakan perjumpaan dengan anggota Kongress Amerika Syarikat menghantar e-mail kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB);
menghantar memorandum kepada Ratu Elizabeth II, Istana Buckingham, London;
menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Britain; dan
menghantar memorandum ke Kedutaan British di Amerika Syarikat.
4. Apakah strategi HINDRAF untuk menarik sokongan kaum India?
· Mengejutkan masyarakat Malaysia dan antarabangsa dengan memfailkan saman yang tidak munasabah ke atas Kerajaan Britain sebanyak USD 4 trilion (RM14 trilion) sebagai pembuka mata kepada isu-isu yang mereka perjuangkan.
· Mendapatkan sokongan parti-parti politik dan badan-badan tempatan serta antarabangsa supaya mereka memberi tekanan kepada Kerajaan Malaysia bagi memenuhi tuntutan-tuntutan yang dibuat.
· Mengadakan demonstrasi (25 November 2007) sebagai satu gimik publisiti kepada masyarakat dan media tempatan serta antarabangsa.
· Menyebarluaskan mesej perjuangan mereka melalui pendekatan ceramah, forum, SMS, risalah dan laman-laman web.
5. Apakah yang dituntut oleh HINDRAF daripada Kerajaan Malaysia?
· HINDRAF telah membuat tuntutan 18 perkara kepada Kerajaan Malaysia melalui memorandum yang dihantar kepada YAB Perdana Menteri pada 12 Ogos 2007 yang turut dipaparkan dalam web bangkit.net. Tuntutan-tuntutan mereka adalah:
menuntut agar dihentikan pelanggaran perkara yang termaktub dalam Perlembagaan;
menuntut agar dihentikan polisi perkauman, ekstremisme Islam serta menarik balik hak keistimewaan orang Melayu di negara ini sempena 50 tahun Kemerdekaan Negara;
meluluskan draf undang-undang yang akan melindungi etnik India;
memastikan kesemua 523 sekolah vernakular Tamil di seluruh negara mendapat bantuan penuh Kerajaan (peruntukan sebanyak RM 20 bilion setahun);
memberikan peluang yang seluas-luasnya atau setidak-tidaknya sama seperti yang diberikan kepada orang Melayu dalam bidang pelajaran, ekonomi dan pekerjaan (peruntukan sebanyak 20 bilion setahun);
memastikan etnik India memiliki sekurang-kurangnya 10 peratus daripada ekuiti negara;
menuntut UMNO supaya tidak bertindak sebagai “Mandor” kepada MIC yang hampir tidak mempunyai suara dan kuasa di dalam Kerajaan;
memperuntukkan 20 peratus jawatan Ketua Setiausaha di jabatan dan agensi Kerajaan diperuntukkan kepada orang India untuk 15 tahun yang akan datang;
menuntut UMNO supaya lebih telus dalam setiap perancangan polisi pentadbiran, pembangunan dan ekonomi yang dicanangkan;
menghentikan perobohan kuil-kuil Hindu dengan ganti rugi sebanyak RM 10 juta bagi setiap 15,000 kuil yang telah dirobohkan dalam tempoh 50 tahun yang lalu dan menuntut agar sebarang pertikaian di antara muslim dan bukan muslim hanya dirujuk di Mahkamah Sivil;
menghentikan tindakan berat sebelah polis terhadap etnik India, memperuntukkan bantuan guaman kepada setiap rakyat yang berpendapatan RM 3000 ke bawah;
menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat peristiwa Kampung Medan yang dikatakan sebagai pembunuhan beramai-ramai etnik India oleh orang Melayu dan pihak Kerajaan serta menuntut ganti rugi sebanyak RM 1 juta diberikan kepada setiap etnik India yang menjadi mangsa dalam peristiwa tersebut;
70 peratus etnik India yang miskin diberikan pampasan dan tempat tinggal yang selesa;
skim rumah kos rendah adalah tidak boleh diterima sama sekali serta penetapan gaji minimum sebanyak RM 1000 bagi setiap rakyat;
0 comments:
Catat Ulasan