Edisi Penghulu Hari: Nik Aziz samakan orang UMNO dengan KAFIR sekali lagi.

Posted on
  • Jumaat, 13 Januari 2012
  • by
  • MymassaVoice
  • in



  • Punyalah HINA akidah orang UMNO ini kepada Nik Aziz. Seolah-olahnya orang-orang yang menyokong UMNO ini sama tarafnya dengan orang kafir!

    Dalam pada orang tanya dia kenapa Presiden tidak kena pecat sebab buat hubungan dengan UMNO suatu ketika dahulu, sempat lagi dia mengkafirkan UMNO. Agaknya orang tua ini memang sudah tua nyanyuk hendak mampus kerana lupa yang beliau memulakan hidup dengan menjadi agen penggerak akar umbi UMNO (Pegawai KEMAS) dan pernah bertanding atas tiket BN tahun 70-an dahulu.

    Tetapi sebenarnya ramai yang tidak tahu Nik Aziz ini seorang ulama' Wahabbi berfahaman Muktazillah. Antara pegangan utama ulama' daripada golongan ini adalah menyamakan darjat Rasulullah SAW dengan manusia biasa dan menolak Sifat Dua Puluh Allah SWT. Selain itu, golongan yang berfahaman ini juga menyamakan sifat Allah SWT dengan manusia, antaranya mempercayai bahawa Allah SWT DUDUK bersemayam di atas Arasy seperti mana gaya dan rupa manusia itu DUDUK! Nauzubillahiminzalik!

    Lagi satu, ulama'-ulama' seperti Nik Aziz ini sangat tidak takut mempertaruhkan akidah semata-mata demi mengekalkan pengaruh dan kuasa yang dinikmati. Dan kerana itulah munculnya tafsiran Allah itu mencarut, samseng dan sebagainya. Mereka seolah-olahnya menolak sifat Allah yang Maha Suci itu sendiri dan menyamakannya dengan sifat Mazmumah yang menjadi kekurangan manusia yang hina ini.

    Jadi, nilai-nilaikanlah dengan iman dan akidah yang berkiblatkan kepada Allah yang SATU. Jangan ingat tiket ke syurga yang dijanjikan PAS ini boleh menyelamatkan kita daripada dihisab di Hari Pengadilan kelak. Wallahu'alam. 

    0 comments:

    Catat Ulasan

    Catatan Terkini

     
    Powered by : Blogger