Edisi Cuci Mata. Jom Tengok Gadis Malaysia Yang Menang Miss Tourism International (MTI) 2011

Posted on
  • Isnin, 2 Januari 2012
  • by
  • MymassaVoice
  • in

  • Gadis Malaysia Dinobat Miss Tourism International 2011

    PETALING JAYA, 1 Jan (Bernama) -- Peserta Malaysia, Aileen Gabriella Robinson dinobatkan sebagai pemenang Miss Tourism International (MTI) 2011 selepas mengalahkan 10 peserta lain pada pertandingan akhir yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa di sini Sabtu malam.

    Aileen Gabriella, 22, berjaya mengalahkan jelitawan dari 54 negara.

    Gelaran itu yang sebelum ini dipegang oleh Nathalie Den Dekker dari Belanda menyarungkan mahkota itu kepada Aileen Gabriella.

    Majlis itu disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan turut disaksikan oleh pengunjung di Dataran Merdeka yang menantikan kiraan detik tahun baru 2012.

    Meraikan ulang tahun ke-15, MTI adalah unik dalam erti kata kerana ia adalah satu-satunya pertandingan ratu cantik sempena ketibaan tahun baru dan sambutan itu membabitkan delegasi dari 54 negara untuk sama-sama meraikan detik 12 tengah malam.

    Majlis itu dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Presiden dan Pemilik MTI Datuk Danny Ooi dan Pengerusi Sunway Group Tan Sri Datuk Seri Dr Jeffrey Cheah.

    Juri pertandingan akhir itu ialah Chef Wan, model terkemuka Amber Chia, bekas Miss Malaysia Queen of Tourism 1996 Zoee Tan, artis dan pensyarah muzik Syafinaz Selamat serta penerbit dan koreografer David Kort.

    MTI adalah platform untuk mempromosikan pelancongan bagi negara penganjur dan pada masa yang sama untuk menggalakkan keamanan, muhibah, dan persahabatan antara negara-negara yang mengambil bahagian.

    Majlis yang berlangsung selama 18 hari itu menyaksikan peserta terlibat dalam pelbagai program promosi dan aktiviti amal.

    Senarai pemenang Miss Tourism Internatioal 2011

    Miss Tourism International 2011: Aileen Gabriella Robinson (Malaysia)

    Miss Tourism Metropolitan International 2011: Carolina Del Carmen Brid Cerrud (Panama)

    Miss Tourism Global 2011: Patsaraporn Khonkhamhaeng (Thailand)

    Miss Cosmopolitan International 2011: Amanda Leong Li Ting (Singapura)

    Dreamgirl of the Year International 2011: Jana Kopecka (Czech Republic)

    -- BERNAMA

    Gambar-gambar Aileen.







    Tahniah Aileen. Anda yang berumur 22 tahun telah mengharumkan nama negara dalam bidang yang anda ceburi. Dalam masa yang sama, sekumpulan mahasiswa Melayu yang telah diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti atas kouta Melayu telah mempersia-siakan amanah yang diberi.
    Mahasiswa Melayu menuntut kebebasan akademik sedangkan pointer mereka kurang dari 3.0. Kalau bidang akademik betul-betul bebas (tanpa sekatan), agak-agak berapa pointer mereka? Nak pergi berdemo sampai ponteng kelas pun universiti tak boleh halang.
    *Aileen ni ada darah Cina. Hati-hati sebab ada pemimpin veteren tu memang suka yang amoi-amoi ni. Bini dia pun amoi!

    0 comments:

    Catat Ulasan

    Catatan Terkini

     
    Powered by : Blogger