Sinchew Daily News, 4 Januari 2012
Persefahaman Tiket Undi Orang-Orang Cina
Penulis: Gan Chong Kiong
PRU ke-13 sudah semakin hampir di depan mata, masalah dan krisis orang-orang Cina bukan kerana jumlah bilangan penduduknya yang semakin menurun ataupun semakin pupus, tetapi demi melangkah dengan langkah-langkah yang sama, satu tiket undi yang bernilai di tangan berkata tidak kepada gejala rasuah, penyelewengan kuasa, fanatik perkauman dan kepada pemikiran ahli-ahli politik yang mahu jadikan orang ramai hamba abdi!
Perdana menteri Najib melancarkan konsep rakyat diutamakan, ia membawa inspirasi untuk masa depan negara ini, ia perlukan kerjasama dari rakyat tanpa mengira kaum, tidak kira lapisan, sama-sama usahakan polisi-polisi yang terbaik, secara serius mengawasi dan melaksanakan projek-projek untuk manfaat kepada rakyat.
Sebelum ini muda mudi kaum Cina telah menyahut cabaran untuk tambahkan kelahiran untuk mengimbangi perbezaan jumlah penduduk orang-orang Melayu, sebaliknya telah melawan arus kerana didapati banyak bayi-bayi yang baru dilahirkan dari kalangan pasangan mati awal.
Dari segi keadaan ekonomi dunia hari ini, harga barangan melambung naik, pasangan-pasangan keluarga yang tinggal di kawasan perkampungan dan luar bandar tidak mahu melahirkan banyak anak, lebih-lebih lagi muda mudi Cina yang tinggal di bandar-bandar besar, jika mereka mahu berdikari dan berusaha sesuatu kerjaya mahupun usahakan sesuatu industri mereka perlu mampu memberi makan pasangan mereka, oleh kerana keadaan dan persekitaran kerjaya mereka, beban membeli kenderaan dan perumahan di luar jangkaan dan pemikiran orang-orang golongan tua sekarang, lebih-lebih lagi kos pendidikan dan sara hidup anak-anak hari ini. Sesetengah keluarga suami isteri kedua-duanya bekerja di luar, untuk mencari tempat penjagaan kanak-kanak juga memeningkan kepala.
Sebelum ini, pemimpin kaum Cina mahu kita perbanyakkan menggunakan bahasa Mandarin, kurangkan bahasa dialek daerah, hari ini dikhuatiri bahasa dialek terhapus, sebaliknya mereka mahu kita menggunakan bahasa dialek kembali, sekejap cakap lain sekejap suruh buat lain, sungguh membingungkan. Saya punyai 5 orang anak, sejak kecil mereka berbahasa Mandarin tidak menggunakan bahasa dialek, apabila mereka membesar mereka belajar di sekolah Cina, amat manfaat kepada mereka.
Selepas anak-anak dewasa, dalam keadaan suasana yang terdesak, mereka sangat fasih berbahasa dialek, lebih-lebih lagi dalam keadaan perkembangan sistem inernet, tidak pandai bercakap bahasa dialek, tetapi jika kita ada keinginan kita tetap dapat menguasai mana-mana bahasa tanpa sebarang halangan.
Sudah tentu, masyarakat Cina juga perlu mempelajari sesuatu untuk tuju hala dan masa hadapan kita, di bawah pertimbangan dari segi kehormatan, supaya kita dapat keadilan, perpaduan, ketelusan dan keberkesanan yang sepatutnya, kita perlu berganding bahu dan berjabat tangan, lempang muka ahli-ahli politik!





1 comments:
memang betul penulis cina ni cakap lempang muka ahli politik!!!... CUMA lempang dan sepak muka ahli DAPig sialan sahaja....kenapa tidak katakan ahli politik tu ahli UMNO???... surat khabar cina penuh dengan rasis sama macam parti DAPig haram jadah!!
Catat Ulasan