1. KEPUTUSAN hakim yang mengejutkan Anwar, pasukan peguamnya dan penyokongnya telah pun diraikan di Mumbai sebuah penempatan yang terkenal dengan aktiviti kurang sihat di sana. Anwar tidak memilih tempat-tempat yang suci seperti Masjid Nabawi, Masjidil Haram ataupun Masjid Al Aqsa yang semuanya penuh dengan keberkatan.
2. Setelah menang terkejut, pasukan peguam Anwar dengan bantuan Majlis Peguam bukan Majlis Peguam Muslim Malaysia, berusaha menghalang Saiful membuat pembelaan di Mahkamah Rayuan. Pelbagai hujah akademik digunakan untuk menghalang hak Saiful membuat rayuan.
3. Pasukan peguam di pihak Saiful pula memberi bayangan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Perkara ini sangat menakutkan Anwar dan pasukan peguamnya. Seandainya pihak Hakim terkhilaf atau terlepas pandang di dalam penghakiman di bawah 5 minitnya itu, maka Anwar belum boleh berpesta.
4. Anwar sudah bercakap menjadi Perdana Menteri di sebalik penjara. Azmin Ali sudah membayangkan hendak menjadi PM! Dr. Hassan Ali menolak Anwar sebagai PM yang kotor, anda harus ingat suara Dr Hassan Ali adalah suara Presiden PAS! Mereka adalah satu pasukan, sama-sama di dalam pasukan Kerajaan Perpaduan. Hanyasanya Hj Hadi bijak menyembunyikan permainan politiknya. Nasharudin juga satu kapal dengan mereka. Apabila Nasha menyatakan hanya Haji Hadi Awang layak menjadi PM, maksudnya, Hj Hadi mengingatkan Anwar, PKR DAP dan ahli PAS bahawa Anwar tidak layak menjadi PM, sebalaiknya dirinya yakni Hj Hadi Awang.
5. Pergaduhan yang dilakukan oleh Cikgu Mustapha A;li adalah lakonan tahap tinggi mereka berdua. Mustapha Ali sebagai SU Agong yang dilantik oleh Hj Hadi, Tidak Hadir semasa Dr Hassan Ali datang ke Kota Bharu kononnya datang untuk memohon maaf. Hingga ke hari ini, kenapa Dr Hassan Ali dan Mustapha ALi Tutup Mulut akan hal mereka berdua berjumpa dengan pemimpin UMNO untuk menubuhkan United Goverment. Kalau berjaya hari itu, negeri Selangor akan berMB kan orang PAS!
6. Pusingan kedua nanti, adalah penentu kepada lakonan-lakonan hebat Dr Hassan ALi, Mustapha ALi dan Hj Hadi Awang bagaimana cara mereka akan menolak DAP dan Anwar ke tepi secara berilmu, berhemah dan bijak siasah. Ketika itu, apabila Anwar didapati bersalah dan keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak releven, maka Hj Hadi adalah pilihan PM yang kena pada masanya, dan kena pada tempatnya dan keadaan.
7. Selamat membaca...bersambung ....
DI SEBALIK TABIR SIRI 3: SUARA HASAN ALI ADALAH SUARA HJ. HADI !
Posted on Rabu, 11 Januari 2012 by MymassaVoice in
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




2 comments:
Berapa kerusi pas bertanding kali ini
ya stuju, mereka hanya berlakon...tapi baguslah Asal Bukan Anuar yg kotor kata Hassan Ali...
Catat Ulasan