Bagi penyokong Liverpool, mungkin ini bukan berita yang menggemparkan anda.
Tetapi bagi pembaca yang belum tahu, ini adalah kejayaan team 'MALAYSIA' bermain di Stadium Wembley.
Tak dapat pasukan Kebangsaan main di sini, pasukan yang ditaja oleh anak Malaysia main di Wembley pun dah cukup bagus. Bukan senang nak menaja nama Malaysia di pertandingan akhir yang disaksikan oleh berjuta-juta penonton seluruh dunia.
Tahniah Dato Chan Tien Ghee dan Tan Sri Vincent Tan kerana pasukan yang anda miliki layak ke perlawanan akhir piala liga. Lebih membanggakan bila anda berdua sanggup meletakkan nama MALAYSIA sebagai penaja utama pasukan tersebut.
*Bila dah berjaya bawa team luar ke final, tak teringin ke nak miliki kelab sendiri di Malaysia ni juara Piala Malaysia?
Berita Tergempaq: TEAM 'MALAYSIA' LAYAK BERMAIN DI STADIUM WEMBLEY!
Posted on Khamis, 26 Januari 2012 by MymassaVoice in
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)





0 comments:
Catat Ulasan