Beginikah Nasib Penyokong Kerajaan?

Posted on
  • Selasa, 17 Januari 2012
  • by
  • MymassaVoice
  • in


  • Kita penyokong Kerajaan SOKONG AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) - ISA DIHAPUSKAN.

    Kita penyokong Kerajaan BANTAH PERHIMPUNAN HARAM DI JALANAN - PERHIMPUNAN JALANAN DIHALALKAN.

    Kita penyokong Kerajaan SOKONG AKTA UNIVERSITI KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) - AUKU DIPINDA.

    Kita penyokong Kerajaan SOKONG PPSMI - PPSMI DIBERHENTIKAN.

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Setiap yang kita tindakan Kerajaan yang kita sokong, ianya akan berubah atau diubah. Sedihnya perubahan yang dibuat oleh Kerajaan seolah-olah mengikut pihak lawan.

    KECEWA. Siapa yang tak kecewa bila apa yang diharapkan tak tercapai. Seolah-olah melihat kekasih hati berubah arah.

    Terbaru, dalam keputusan kes liwat Anwar Ibrahim.

    Kekecewaan para penyokong Kerajaan sehingga menyebabkan ada yang mula menyerang Kerajaan.

    Di sini MyMassa ingin berkongsi dua terma untuk menggambarkan keadaan iaitu MAJORITI SENYAP dan MINORITI BISING (VOCAL MINORITY).

    Dalam keadaan ini, Kerajaan seolah-olah mengikut kehendak MINORITI BISING daripada pendapat majoriti.

    Dan dalam kes ini juga, ada juga golongan atas pagar yang langsung tidak menyokong majoriti senyap atau minoriti bising. Golongan ini akan memandang karenah kedua-dua golongan di atas.

    MyMassa rasa kekecewaan para penyokong Kerajaan ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak Kerajaan. Jangan memandang sepi kekecewaan ini sehingga boleh mengulangi keputusan PRU 2008 di mana ahli dan penyokong BN sendiri kecewa dengan setiap keputusan yang dibuat oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    Cadangan MyMassa, Kerajaan perlu menubuhkan satu unit untuk membuat kajian pendapat umum sebelum membuat apa-apa keputusan. Untuk membuat keputusan, jangan hanya menggunakan menggunakan SENTIMEN SEMASA terutamanya yang dimainkan oleh portal media internet pro pembangkang yang sememangnya dibuat untuk bermain persepsi. Unit ini bukan seperti Jabatan Perangkaan yang mengira jumlah dan bilangan tetapi melihat dari aspek yang lebih dalam iaitu naluri dan denyut nadi rakyat.

    MyMassa ambil contoh dalam isu yang masih panas iaitu AUKU. Unit ini akan turun ke setiap IPTA dan IPTS untuk menemubual setiap mahasiswa (jika boleh) untuk bertanya adakah mereka setuju AUKU dipinda. MyMassa sebagai bekas graduan percaya ramai mahasiswa sebenarnya tidak ambil peduli mengenai AUKU dan tidak kisah jika ianya dikekalkan. Yang kisah pasal AUKU pun hanya segelintir mahasiswa yang 'banyak masa' untuk memikirkan masalah lain selain daripada tugas akademik dan kelompok ini terdiri daripada pemimpin atau aktivis mahasiswa. Jangan kerana Adam Adli dan kawan-kawan yang menggegar pintu pagar UPSI, Kerajaan akan tunduk sekali lagi kepada SUARA MINORITI.

    Selain daripada dasar-dasar atau tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan, unit ini juga akan mengkaji keberkesanan dasar-dasar baru dan sedia ada yang telah dilaksanakan seperti BR1M, KR1M dan lain-lain inisiatif di bawah jenama 1Malaysia.

    Setakat ini luahan hati MyMassa. Jika ada rakan-rakan blogger atau pembaca yang setuju atau tak bersetuju, boleh nukilkan di ruangan komen. Sila baca surat dari pembaca di Utusan yang sama fikrah dengan artikel ini.


    *Belajar dari keputusan PRU 2008. Jangan ulangi kesilapan yang lalu sehingga menyebabkan banyak undi protes dari penyokong Kerajaan.

    12 comments:

    Tanpa Nama berkata...

    Mungkinkah Kita penyokong Kerajaan BANTAH LGBT - LGBT AKAN DIHALALKAN?

    MymassaVoice berkata...

    Kalau penyokong LGBT berani ke jalan raya macam pembantah PPSMI, kemungkinan itu ada.

    YY berkata...

    jadi pembangkang senang bro kt Msia ni. tak ke binawe tu? :)

    Tanpa Nama berkata...

    yer tak yer jugak . . .

    MymassaVoice berkata...

    MyMassa bukan nak cakap cara pembangkang tu betul. Cuma pressuure group yang menyokong kerajaan tak cukup kuat.

    Kalau Perkasa buat demonstrasi, berapa ramai dari kita yang turun?

    Ertinya Kerajaan kena cari cara lain untuk memuaskan hati rakyat yang dengan membuat kajian terperinci. Kalau boleh kajian tersebut diaudit oleh badan bertauliah.

    Kalau kajian telus, orang atas pagar akan terima. Yang sokong pembangkang confirm tak terima.

    Asyik ikut kajian Merdeka Center je. Sebab tu keputusan memihak kepada pembangkang.

    Tanpa Nama berkata...

    Mana anda tahu bagaimana kehendak suara majoriti senyap ? barangkali mungkin suara majoriti senyap itu juga sebenarnya seiring dengan suara minoriti bising ....

    Krizalid'9999 ...

    MymassaVoice berkata...

    Kalau ikut keputusan pilihan raya, majoriti senyap masih memihak kepada Kerajaan.

    Dalam PRU 2008, pembangkang menang bukan sebab undi atas pagar tapi sebab orang UMNO / BN buat undi protes.

    Jangan lupa ada lagi golongan atas pagar yang tak sokong mana-mana pihak.

    usin berkata...

    kalau bantah dasar kerajaan, buat demo besar2an. kalau setuju, buat senyap je. itulah cara terbaik nk berurusan dgn kerajaan. peninglah dgn najib punya game politik. susah sgt nk faham.

    majoriti senyap berkata...

    aku salah seorang majoriti senyap..buak ahli mana2 parti pun..aku hanya rakyat biasa yang dulu membuat undi protes terhadap BN..
    dan memang benar aku amat meluat dgn golongan minoriti bising serta pihak pembangkang yang tak henti2 mencetuskan isu..
    mengapa tidak bersama2 majukan negara dan mudahkan hidup rakyat?

    Tanpa Nama berkata...

    Alaa... korang terlalak-lalak pun orang-orang melayu Selangor peduli apa? Yang penting tak perlu ada orang melayu kaya-raya atas tender kerajaan. tu yang dia mahukan. tengoklah shah alam sendiri apa dah jadi tapi orang melayu masih bersifat selesa. so buang karen jer ... kerajaan tetap tunduk juga pada pencacai melayu bengang.

    senario sekarang dulu berguling2 tak nak ppsmi, so mahyuddin hapuskan. rasanya belum abis penat cikgu2 spbt cop buku math & SC dlm bi dah kene cop balik buku dlm bm. pas tu buku lama tak kasi pulak lupuskan. dah tu mak bapak merungut anak2 dah tak faham term dan istilah dlm bm untuk math dan sc. korang tengoklah betapa berkeladaknya pemikiran sebegini rupa.

    kesimpulannya tak payah majoriti buat apa2 pun, kerajaan tunduk juga pada minoriti. cuba pegi kat mana2 jab kerajaan skrg. rasanye lebih 50% sokong pembangkang. sebab apa? kerajaan rajin melayan karenah dia orang ni sume. yang sokong kerajaan semu diketepikan ...

    Tanpa Nama berkata...

    masalahnyer penyokong kerajaan tak mau turun atas jalanraya .. mana semua ahli-ahli NGO seperti perkasa dan pekida. Rasa malu pabila melihat puak-puak mereka berduyun-duyun turun tanpa mendapat bayaran apa pon. sebagai contoh hiumpunan sejuta belia .. jumlah yang turun/hadir amat menyedihkan dan mencapai sasaran. Terbit juga rasa kagum di hati kami pada puak-puak mereka.

    Tanpa Nama berkata...

    menyokong perkara bodoh, memang patut pun dapat bodoh.

    Catat Ulasan

    Catatan Terkini

     
    Powered by : Blogger